ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Oct 13, 2021

RAYUAN WAKAF TUNAI BANTU TAHFIZ ANAK YATIM DI KASHMIR

RM2,275 / 7.58 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

96 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Rayuan sumbangan wakaf tunai dan derma ikhlas untuk menyiapkan tingkat 3 tahfiz Jamia Moin As-Sunnah yang menjadi satu-satu sekolah integrasi untuk anak-anak miskin dan yatim di Poonch, Kashmir.


Objektif kempen:

 

Mengumpul dana wakaf dan derma ikhlas bagi menyiapkan projek pembinaan tingkat 3 bangunan tahfiz Jamia Moin As-Sunnah, di Poonch, Jammu-Kashmir (Kashmir).

 

Apa itu Jamia Moin As-Sunnah (JMS)?



JMS ialah sebuah tahfiz yang mengasuh dan mendidik lebih 300 anak-anak miskin, termasuk anak-anak yatim. Walaupun tahfiz Al-Quran yang menghasilkan hafizul Quran, JMS juga memberi pendidikan akademik seperti matematik, Bahasa Inggeris dan lain-lain. Umat Islam di Kashmir amat bergantung kepada institusi pengajian swasta seperti ini kerana Kashmir dipinggirkan dari arus pendidikan oleh kerajaan pusat.




Umat Islam Kashmir?

 

Kashmir ialah sebuah wilayah yang masih bergolak sejak diduduki oleh kerajaan India. Sejak tahun 1980an, umat Islam Kashmir bangkit menentang ‘penjajahan’ kerajaan India, kemuncaknya bermula pada tahun 1989 kerajaan India bertindak balas dengan mengempur aktivis pembebasan Kashmir dari cengkaman India. Hingga kini, konflik Kashmir berterusan dan mengorbankan ramai nyawa orang Islam.

 

Kajian dari tahun 1989, dianggarkan terdapat 250,000 kanak-kanak menjadi yatim dan 60,000 wanita menjadi balu akibat konflik ini.

 

Mengapa bina tingkat 3?

 

Bangunan tahfiz sedia ada ialah 2 tingkat, kini tidak lagi mampu menampung anak-anak miskin dan anak-anak yatim yang semakin ramai ini. Oleh itu terpaksa menambah satu lagi tingkat di atas bangunan yang sama. Tujuan dinaikkan di bangunan yang sama ialah tidak perlu membeli tanah baru, lalu mengurangkan kos.




Kenapa sumbangan wakaf diperlukan?

 

Projek pembinaan ini telah bermula sebelum pandemik, tiba-tiba pandemik ini datang maka terbengkalai projek ini, kos naik dan sumbangan merosot. Maka tiada pilihan melainkan merayu keprihatinan umat Islam tanpa mengira sempadan geografi. Projek ini masih bergerak tetapi bergantung kepada dana.


 

Ganjaran amal jariah

 

Membantu membina tahfiz merupakan amal jariah yang terbaik. Selagi tahfiz itu bermanfaat selagi itu pahala mengalir ke ‘akaun akhirat’ kita.

 

Di samping itu, kita juga akan mendapat ganjaran membantu anak-anak miskin mengaji dan menghafal Al-Quran, setiap huruf mereka hafal akan digandakan pahala 10 kali ganda, kita juga akan mendapat ganjaran tersebut.

 

Ketiga, kita juga akan membantu anak-anak yatim dan dengan izin Allah, dapat lagi ganjaran tambahan.

 

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kedudukan aku dan orang yang menanggung anak yatim di syurga bagaikan ini” (Baginda merapatkan jari telunjuk dan jari tengahnya) (Bukhari, dalam Al-Adab Al-Mufrad, No. 135)

 

Sasaran kami ialah sekurang-kurangnya RM30,000 dan perlukannya segera supaya tingkat 3 ini dapat dinaikan sebelum tibanya musim sejuk dalam masa 2 bulan lagi.

 



Maka berwakaflah atau mendermalah seikhlas hati.




Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 12, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 10, 2021

SITI AWA BINTI ABDUL MANAF

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 05, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 01, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 29, 2021

Kempen Sumbangan Tamat