ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Oct 21, 2021

RAYUAN DERMA TABUNG PENDIDIKAN SISWA MISKIN

RM22,640 / 28.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM80,000

765 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Rayuan derma untuk membantu Siswa miskin di IPT mendapatkan bantuan laptop bagi mereka menyiapkan tugasan pengajian dan mencapai impian mereka untuk menjadi graduan yang berjaya.

Pendidikan adalah hak asasi yang harus dilindungi dan dijamin untuk setiap anak-anak tidak kira latar belakang mereka. Kita perlu bersatu untuk memastikan hak ini diberikan juga kepada anak-anak miskin di negara kita ini.

 

Al-I’tisam Children Education Fund (ACE Fund) adalah satu tabung diwujudkan khas oleh Al-I’tisam untuk membantu anak-anak miskin khususnya untuk membantu mahasiswa dan mahasiswi dari keluarga miskin yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.


Antara bantuan yang diberikan melalui ACE Fund ialah membayar yuran pendaftaran masuk IPT, bantuan laptop, bantuan peranti PdPR, membeli pakaian dan peralatan sekolah melalui program ‘Back to School” untuk murid-murid miskin.

 

Buat masa ini, ACE Fund lebih fokus kepada bantuan laptop untuk Siswa dan Siswi miskin. Ini kerana laptop adalah satu keperluan untuk mereka mencari sumber maklumat, menyiapkan tugasan (assignments), mengasah skil ICT, serta pengajian secara atas talian samada dengan guru atau rakan-rakan Siswa. Tanpa laptop, mereka terpaksa bergantung kepada ehsan rakan-rakan yang lain. Ini akan menganggu pengajian mereka serta memberi tekanan kepada mereka khususnya apabila telah masuk ke tahun akhir pengajian.

 

Bermula dari PKP tahun lepas, Al-I’tisam telah pun memberi bantuan laptop kepada 31 mahasiswa / mahasiswi di seluruh negara. Juga bantuan peranti PdPR iaitu tablet phone telah diberikan untuk 23 murid-murid sekolah.

 

Adalah menjadi impian dan harapan setiap ibubapa supaya anak-anak mereka mendapat tawaran belajar ke IPT, apatah lagi mereka yang miskin. Namun impian untuk anak-anak mereka mencapai ‘menara gading’ mejadi sukar lalu menjadikan mereka resah kerana tiada laptop untuk membantu pengajian mereka di IPT.

 

Oleh itu, ACE Fund ini perlu diteruskan supaya lebih ramai lagi pelajar-pelajar miskin B40 boleh dibantu sehingga mereka menjadi graduan!

 

Namun dana ACE Fund kami telah pun merosot dan amat kritikal.

 

Menyumbanglah hari ini seikhlas hati!

 



“Berikanlah masa depan untuk anak-anak melalui pendidikan”

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM16.00

May 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 30, 2022

Kempen Sumbangan Tamat