MUSLIM CARE MALAYSIA SOCIETY

Dimulakan pada Dec 12, 2025

BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR BUAT SAUDARA KITA DI ACEH, INDONESIA

RM251,490 / 83.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM300,000

5508 Penyumbang

129 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Lumpur dan air banjir mencecah setinggi atap rumah, dan satu persatu rumah, kereta serta harta telah hilang dalam sekelip mata — Aceh sedang berada dalam bahaya, dan mereka perlukan bantuan anda!

Suasana gelap gelita, tangisan dan alunan ayat al-Quran sebagai pelindung sahaja yang boleh didengari. Lumpur dan air banjir mencecah setinggi atap rumah, dan satu persatu rumah, kereta serta harta telah hilang dalam sekelip mata — Aceh sedang berada dalam bahaya, dan mereka perlukan bantuan anda!




Banjir bandang dan lumpur tebal yang melanda Aceh Tamiang baru-baru ini bukan bencana yang kecil. Ianya sudah meragut ratusan hingga hampir seribu mangsa!

Bencana ini juga telah memusnahkan kampung dan menenggelamkan ratusan rumah sehingga kebanyakannya hanya bumbung sahaja yang tinggal di atas dasar lumpur. 



Di banyak tempat, jalan utama telah tertutup oleh kayu dan debris, kemudahan asas seperti elektrik masih terputus dan sukar juga untuk mereka mendapatkan sumber air yang bersih

Penduduk terpaksa berjalan berjam-jam melalui lumpur dan tumpukan kayu hanya untuk sampai ke pusat bantuan.



Ribuan keluarga kini hidup dalam keadaan terasing di pos-pos kecemasan, tanpa makanan mencukupi, tanpa air bersih, dan berdepan penyakit yang cepat merebak.

Pihak-pihak kami yang berada di lokasi kejadian terpaksa bekerja tanpa elektrik, tanpa air bersih, dan tanpa kepastian bila semua ini akan pulih.



Menurut mudir madrasah, Ustaz Darisman, banjir lumpur dan tanah runtuh yang meragut lebih 1,000 nyawa turut memusnahkan sumber elektrik.

Ada kawasan langsung tiada elektrik selama tiga hari! Dan bekalan elektrik yang disambungkan hanya bertahan sekitar 12 hingga 18 jam sahaja.

Yang lebih merisaukan; dengan ketiadaan elektrik menyebabkan mesin pam air tidak berfungsi dan air bersih sering terputus. 



Laporan PLN juga menjangkakan proses pemulihan elektrik hanya akan pulih paling cepat pada 14 Disember ini.
Seluruh Aceh kini terasing daripada rangkaian sistem elektrik Sumatera.

Dalam keadaan begini, bantuan makanan bukan lagi pilihan. Ia keperluan yang paling kritikal. Ia menyelamatkan nyawa.



Muslim Care Malaysia (MCM) bersama Harmoni Prihatin Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kini mengumpul bantuan makanan kecemasan yang berbentuk:

• Pek makanan keluarga (nasi, gula, minyak, lauk siap makan)
• Bekalan bayi (susu, biskut bayi, lampin)
• Air minuman bersih untuk kegunaan harian

Setiap pek sangat penting untuk semua mangsa di kem pelarian sana.



Sedekah anda hari ini mungkin satu-satunya makanan yang mereka ada untuk mengisi perut yang kosong..

Al-Quran mengingatkan kita bahawa setiap pemberian di jalan Allah akan dilipatgandakan.
Dan Nabi SAW berjanji: sesiapa yang meringankan kesusahan orang lain, Allah akan meringankan kesusahannya di akhirat.



Inilah masa untuk kita bertindak.

Klik butang sumbangan sekarang.
Semoga Allah gantikan setiap sen dengan pahala, rahmat dan perlindungan untuk anda sekeluarga.

Jom #BuatBaik

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

avatar

SITI KHADIJAH HASSAN BERSERI

Jumlah: 1

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 12, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 12, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 12, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 12, 2025