Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM630 / 6.30 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
47 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Ramai anak-anak yatim dan pelajar tahfiz di pusat-pusat pengajian yang kita bantu setiap bulan hidup dalam keadaan serba kekurangan. Bukan sahaja kekurangan makanan, tetapi mereka juga tidak diajar kemahiran asas untuk berdikari dan menghasilkan sumber makanan sendiri.

Melalui kempen ini, ASAR Humanity ingin melangkah lebih jauh daripada sekadar memberi bantuan makanan. Kami sedang membina Program Jaminan Makanan dengan pendekatan agroekonomi – iaitu mengajar anak-anak ini untuk menanam sayur sendiri dan mengurus kolam ikan, agar mereka boleh belajar berdikari dan menjamin makanan mereka sendiri dalam jangka masa panjang.
Kami mendapati banyak pusat tahfiz dan sekolah anak yatim yang mempunyai tanah dan kolam, tetapi tidak mempunyai dana untuk menguruskannya. Tanah dibiarkan kosong, kolam tidak terurus kerana tiada alat, benih atau bimbingan.

Dengan sokongan anda, kami akan membantu mereka dengan menyediakan:
1. Alat-alat pertanian asas (cangkul, penyiram, baja)
2. Benih sayuran dan pokok
3. Anak ikan untuk kolam
4. Bimbingan awal dari petani setempat

Setiap benih yang kita sumbangkan, setiap ikan yang mereka pelihara, setiap hasil yang mereka tuai akan menjadi pahala yang terus mengalir untuk anda sebagai sadaqah jariah. Sasaran kita adalah untuk menyokong sebanyak mungkin sekolah tahfiz dan rumah anak yatim di seluruh negeri yang layak dan memerlukan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 08, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 08, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 08, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 08, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 08, 2025