Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM9,687 / 96.87 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
552 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam serangan dan sekatan Zionis yang melanda Gaza sampai hari ini, kita tidak boleh mengabaikan tanggungjawab kita untuk memberi bantuan kepada mereka yang mengalami penderitaan. Penduduk Gaza, terutama yang tinggal di pusat perlindungan, kini berhadapan dengan krisis air bersih yang serius, membahayakan kesihatan dan nyawa mereka.

Ketua Eksekutif Kementerian Kesihatan enggan memberi amaran tentang keadaan kritikal di Gaza, di mana air minuman yang tercemar adalah punca utama penyakit yang mengancam nyawa. Dalam keadaan yang semakin meruncing, kita perlu bersatu untuk memberikan bantuan air bersih segera kepada mereka yang memerlukan.

Sejak awal pendudukan Palestin, penduduk Gaza telah menghadapi pelbagai cabaran yang serius. Tindakan Zionis memotong bekalan air, makanan, elektrik, bahan api dan internet di Semenanjung Gaza telah memburukkan lagi keadaan hidup mereka. Ini bukan sahaja membawa kepada peningkatan penyakit, tetapi juga memaksa ratusan ribu orang tinggal di tempat perlindungan yang penuh dengan risiko wabak penyakit.


Menurut UNICEF, kanak-kanak yang dipindahkan baru-baru ini di Gaza hanya mempunyai akses kepada 1.5 hingga 2 liter air sehari, jumlah yang jauh lebih rendah daripada minimum yang diperlukan untuk terus hidup. Keadaan ini menggambarkan keadaan kritikal di mana kanak-kanak Gaza mendapati diri mereka, dengan keperluan mereka untuk air bersih masih jauh dari dipenuhi.
Beberapa minggu lalu, berkat sumbangan anda, kami berjaya menghantar lori berisi ribuan liter air bersih kepada pelarian di sekolah yang kini telah menjadi pusat perlindungan. Walau bagaimanapun, kami masih memerlukan bantuan anda supaya ia dapat dinikmati berterusan.

Asar Humanity kini melancarkan kempen mengutip derma dan menjemput anda untuk membantu mengagihkan air bersih kepada saudara kita di Gaza. Setiap sumbangan anda akan membantu memastikan operasi lori air berharga RM3,000 yang mampu membawa beribu liter air bersih dapat terus berjalan. Mulai dari RM10 inshaAllah bersama-sama, kita boleh membantu perjuangan mereka mempertahankan tanah air Palestina dan merebut kembali pembebasan Al Aqsa.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Laporan Pengagihan Air Bersih untuk Keluarga Gaza di Deir El-Balah
Alhamdulillah, pasukan ASAR Humanity telah berjaya menghantarkan bantuan air bersih kepada keluarga-keluarga di Deir El-Balah, Gaza. Kawasan ini didiami oleh lebih daripada 26,000 jiwa yang kini berdepan dengan krisis kemanusiaan akibat sekatan dan serangan yang semakin menjadi-jadi. Bekalan air bersih sangat terbatas, sedangkan ia merupakan keperluan asas untuk kelangsungan hidup.


Dalam keadaan yang semakin genting, bantuan air bersih menjadi penyelamat buat mereka yang terpaksa bertahan di tengah reruntuhan dan kekurangan sumber asas. Serangan terbaru yang berlaku baru-baru ini semakin menyulitkan keadaan rakyat Gaza, menyebabkan ramai kehilangan tempat tinggal dan sukar mendapatkan keperluan harian.
ASAR Humanity bersama para dermawan akan terus berusaha memastikan bantuan tidak terhenti. Selamanya, kita akan jaga Palestin!
Jom teruskan derma kita untuk saudara-saudara di Gaza!
https://sumbangan.com/sedekahramadanpalestina
#SelamanyaJagaPalestina #BantuanGaza #WaterForGaza
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta bantuan dan sokongan dari para dermawan, pasukan ASAR Humanity telah melakukan penghantaran tangki air bersih kepada masyarakat di Kota Jabalia, Gaza Utara, Palestin,

Kegiatan disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk setempat. Warga di kawasan tersebut telah lama menghadapi kesukaran untuk mendapatkan akses air bersih akibat situasi genting yang hingga kini masih terjadi.
Apabila tangki air tiba, suasana berubah menjadi meriah, dengan semua orang, dari orang dewasa hingga kanak-kanak, datang beramai-ramai membawa baldi, botol, dan tong.

Mereka segera mengisi bekas-bekas itu untuk membawa air bersih ke khemah-khemah pelarian mereka, yang selama ini sangat kekurangan bekalan air. Aktiviti ini menjadi detik yang menyentuh hati, di mana harapan dan bantuan dari luar sangat dihargai oleh penduduk yang sedang berjuang dalam keadaan sukar.

Semoga Allah membalas kebaikan anda semua dengan pahala yang berlipat ganda dan memudahkan urusan kita di dunia serta akhirat. Aamiin.
Mari Teruskan Derma untuk Palestin!
https://sumbangan.com/watertankuntukpalestin
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, ASAR Humanity berjaya menyalurkan bantuan air bersih kepada saudara-saudara kita di Gaza, Palestin. Kehadiran air bersih ini disambut dengan kegembiraan oleh penduduk Gaza, yang selama ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan air bersih bagi kehidupan harian mereka.

Kami amat berterima kasih kepada semua donatur yang telah menyokong program ini. Sumbangan anda bukan sahaja meringankan beban saudara kita di Palestin, tetapi juga menjadi amal jariah yang pahalanya akan terus mengalir. Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan keberkatan berlipat ganda, insyaAllah.

#BantuanAirBersih #Palestin
Mari Teruskan Derma untuk Palestin!
https://sumbangan.com/watertankuntukpalestin
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta bantuan dan sokongan dari para dermawan, pasukan ASAR Humanity telah melakukan penghantaran tangki air bersih kepada masyarakat di Deir Al Balah, yang terletak di tengah kota Gaza, Palestin.

Kegiatan disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk setempat. Warga di kawasan tersebut telah lama menghadapi kesukaran untuk mendapatkan akses air bersih akibat situasi genting dan kekurangan sumber.

Apabila tangki air tiba, suasana berubah menjadi meriah, dengan semua orang, dari orang dewasa hingga kanak-kanak, datang beramai-ramai membawa baldi, botol, dan tong.

Mereka segera mengisi bekas-bekas itu untuk membawa air bersih ke khemah-khemah pelarian mereka, yang selama ini sangat kekurangan bekalan air. Aktiviti ini menjadi detik yang menyentuh hati, di mana harapan dan bantuan dari luar sangat dihargai oleh penduduk yang sedang berjuang dalam keadaan sukar.
Semoga Allah membalas kebaikan anda semua dengan pahala yang berlipat ganda dan memudahkan urusan kita di dunia serta akhirat. Aamiin.
Mari Teruskan Derma untuk Palestin!
https://sumbangan.com/makananuntukpalestin
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Semoga tuan dan puan sentiasa sihat dan selamat serta sentiasa dilindungi Allah SWT, aamiin

Alhamdulillah, pasukan ASAR Humanity telah mengagihkan sedekah terbaik yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan di laman kempen ini kepada saudara Palestin. Di mana bantuan telah diagihkan dalam bentuk pengagihan air bersih kepada saudara-saudara Palestin di Gaza.

Ketika pelaksanaan dilaksanakan, terlihat barisan saudara Palestin beratur untuk mendapatkan air bersih. Bukan sahaja orang dewasa, malah ibu dan kanak-kanak turut beratur untuk mendapatkan air bersih. Kerana sumber air bersih pada masa ini amat sukar diperolehi.

Dan sebelum ini, sedekah tuan dan puan dalam kempen ini telah digabungkan dengan sedekah daripada kempen lain agar dapat memberi manfaat yang lebih luas. Semoga jasa baik Tuan dan Puan Allah SWT balas dengan sebaik-baik ganjaran, dan semoga tuan puan sekeluarga sentiasa dilimpahi rahmat Allah SWT, aamiin

Jom terus bersamai saudara Palestina melalui kebaikan kita di halaman kempen berikut ini:
https://sumbangan.com/airbersihberterusangaza
Jazakumullahu khairan
Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 06, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 04, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 04, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 02, 2024
ABDULLAH MOHAMAD ALIFF ZAQUAN BIN
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 30, 2024