TERUS ALIRKAN KEHIDUPAN DI KEM KEM PELARIAN GAZA

Dianjurkan oleh:
ASAR HUMANITY
Dimulakan pada:
01 Aug, 2025
TERUS ALIRKAN KEHIDUPAN DI KEM KEM PELARIAN GAZA
6.92%
RM1,729
/RM25,000
58
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Jom bantu alirkan sedekah anda hari ini. Titisan air ini akan terus mengalir sebagai pahala tanpa henti.

Sudah sekian lama rakyat Palestin hidup di bawah sekatan yang tidak berperikemanusiaan. Setiap hari yang berlalu, mereka berjuang untuk terus hidup, bukan sahaja daripada serangan yang meragut nyawa, tetapi juga daripada kelaparan dan kehausan yang semakin meruncing.

ASAR Humanity bersama rakan NGO antarabangsa terus berusaha menyalurkan bantuan ke kem-kem pelarian dan tempat perlindungan, di mana doktor, wartawan, kanak-kanak dan ibu-ibu yang masih bertahan kini hidup dalam keadaan yang sangat genting. Ramai di antara mereka kini kekurangan makanan, dan lebih parah lagi, tidak lagi mempunyai akses kepada air bersih.

Tetapi mereka tetap bangkit. Mereka terus bergerak, terus hidup, menjadi antara manusia paling tabah di muka bumi. Kisah mereka inilah yang menjadi api semangat buat kita untuk tidak berhenti. Untuk terus membantu. Untuk terus menghulur walau apa pun rintangannya.

Kempen ini adalah tentang air, titisan yang membawa kehidupan.

Bulan ini, ASAR Humanity menyasarkan untuk menghantar lebih banyak tangki air bersih ke kem-kem pelarian di Gaza dan sekitarnya. Apabila makanan semakin sukar didapati, air menjadi satu-satunya harapan untuk meneruskan hidup.

"Sebaik-baik sedekah adalah memberi air minum." (Hadis Riwayat Ahmad)

Melalui sedekah jariyah ini, anda bukan hanya menyalurkan air, tetapi menyalurkan doa dan harapan agar mereka terus bertahan. Anda menyalurkan satu bentuk cinta dan kemanusiaan kepada saudara kita yang masih diuji tanpa henti. Mari kita terus bersama mereka. Dengan doa, dengan sedekah, dengan semangat tidak berputus asa kerana mereka masih bertahan, maka kita juga tidak akan berhenti. 

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

23 Oct 2025

Saudara seiman yang dirahmati Allah,

Walaupun telah diumumkan gencatan senjata pada 20 Oktober 2025, realiti yang sedang berlaku di Gaza Strip menunjukkan bahawa derita rakyat Palestin masih berlanjutan dan semakin memburuk.

Kenapa Kita Tidak Boleh Berhenti?

1. Ribuan keluarga masih hidup dalam khemah atau bangunan rosak, dengan bekalan makanan asas dan air bersih yang sangat terhad.

2. Kanak-kanak menghadapi ancaman kelaparan dan malnutrisi yang teruk, manakala sistem kesihatan hampir lumpuh.

3. Setiap hari yang berlalu tanpa tindakan adalah satu hari lagi penderitaan mereka yang tidak berdosa.

ASAR Humanity kekal komited untuk terus menghantar bantuan makanan panas, stok makanan serta keperluan asas ke dalam kem pengungsian Palestin. Bukan sekadar untuk menjaga mereka hidup, tetapi menjaga harapan mereka untuk hidup layak dan bermaruah.

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (Surah Al-Ma’idah: 2)

Mari kita berdiri bersama saudara-saudara kita di Gaza. Setiap sen sedekah, setiap doa dan setiap perkongsian — adalah suara keadilan yang tidak akan padam.

Kita tidak akan berhenti, selagi tangisan anak-anak Palestin masih terdengar.

Semoga Allah SWT menerima amal kita semua.

#SelamanyaJagaPalestina

07 Oct 2025

Dua Tahun Genosid di Palestin, Kita Tidak Akan Berhenti!

Sudah dua tahun Palestin menanggung derita akibat genosid. Sejak Oktober 2023, lebih 65,000 nyawa terkorban dan 165,000 cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Hospital hancur, bekalan makanan dan air makin berkurang, dan dunia terus menyaksikan penderitaan tanpa henti.

Namun di tengah kezaliman ini, rakyat Palestin tetap teguh.
Dan kita juga tidak boleh berhenti.

ASAR Humanity terus menghantar bantuan makanan, air bersih dan ubatan untuk mereka yang bertahan di tengah puing dan kelaparan.

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan takwa…” (Al-Ma’idah: 2)

Setiap doa, setiap sedekah, setiap langkah kecil anda, adalah tanda kita bersama Palestin.
Mari terus berjuang hingga tangisan terakhir di Gaza berganti dengan senyuman anak-anak.

#SelamanyaJagaPalestina
#BantuGazaNow

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 12, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Nov 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 30, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

ZIARAH DAN SUMBANGAN SAHABAT OKU SEPANJANG RAMADAN DAN SYAWAL
Kempen Sumbangan Tamat