HADIAH INFAQ AIR BERSIH BUAT PENDUDUK KAMPUNG HUJUNG

Dimulakan pada:
10 Nov, 2025
HADIAH INFAQ AIR BERSIH BUAT PENDUDUK KAMPUNG HUJUNG
2.03%
RM1,015
/RM50,000
69
penyumbang
195
baki hari

Tentang Kempen

Penduduk kampung ini mengalami kekurangan sumber air bersih untuk menampung rutin harian mereka. Mereka hanya menggunakan air hasil tadahan hujan. Bantu mereka dapatkan air bersih!

"Setiap titis air yang mereka gunakan akan menjadi saksi kita di akhirat kelak.."

Kampung Hujung terletak di Pulau Jambongan, sebuah pulau di pantai utara Sabah dalam daerah Beluran, Bahagian Sandakan. Pulau ini merupakan salah satu pulau terbesar di Sabah dan terletak di Teluk Paitan. Selain Kampung Hujung, terdapat beberapa kampung lain di pulau ini, termasuk Kampung Limau-Limau, Kampung Malalin, Kampung Bahanan dan Kampung Babagu. 

Perigi ini adalah hasil galian penduduk kampung di sini, namun air yang keluar tidak bersih untuk diminum. 

Pulau Jambongan mempunyai populasi sekitar 1,900 orang, dan hampir 300 daripadanya menetap di Kampung Hujung dengan majoriti penduduknya bekerja sebagai nelayan. Namun, pulau ini menghadapi cabaran infrastruktur asas. Sehingga kini, penduduk masih bergantung kepada generator untuk bekalan elektrik. Selain itu, penduduk juga bergantung kepada tadahan air hujan untuk keperluan harian kerana ketiadaan bekalan air bersih yang konsisten.

Setiap rumah di kampung ini mempunyai beberapa tangki air untuk mereka tadah air apabila hujan turun. 

Permasalahan yang dihadapi penduduk kampung ini adalah kekurangan sumber air bersih untuk menampung rutin harian mereka. Buat masa sekarang, mereka hanya menggunakan air hasil tadahan hujan untuk membasuh pakaian, pinggan dan sebagainya. Namun begitu, ianya tidak boleh digunakan sebagai air minum.

"Kami terpaksa didihkan air hujan supaya boleh diminum" 

Begitulah rintihan salah seorang penduduk kampung di sana mengenangkan betapa susahnya mereka mendapatkan sumber air yang bersih untuk diminum. Lebih malang lagi apabila tiba musim kemarau yang sangat panjang, mereka terpaksa mengehadkan penggunaan air tadahan yang sedia ada. 

Setiap rumah di kampung ini mempunyai beberapa tangki air untuk mereka tadah air bila hujan turun. Setiap insan yang Allah kurniakan rezeki, pasti ada bahagiannya untuk dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Apa sahaja kebaikan yang kita lakukan dengan penuh ikhlas, akan menjadi bekalan berharga yang menanti kita di akhirat kelak.

Hari ini, kita diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada usaha kebaikan iaitu membantu membina sebuah sistem saliran air baru yang bakal memberi manfaat besar kepada penduduk kampung. Bayangkan, setiap kali mereka menggunakan kemudahan itu, pahala akan terus mengalir untuk kita, walaupun kita telah tiada lagi di dunia.

Dana yang disalurkan akan digunakan untuk penggalian perigi baru yang lebih dalam, pembelian barang, kos upah pemasangan & tukang dan juga penyelanggaran.

Insya-Allah sumbangan tuan puan akan dimanfaatkan kepada penduduk Kampung di sini. Setiap air yang mengalir kepada penduduk kampung yang memerlukan akan menjadi jariah buat anda di akhirat kelak. Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.”

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

14 Jan 2026

Update Makluman Projek Water For Life (W4L) Pembinaan Sistem Air Bersih Kampung Hujung, Pulau Jambongan, Sabah

FASA 2:

1) Pembinaan kolam air takungan & pagar tempat pembinaan sistem air bersih W4L Kg Hujung Pulau Jambongan selesai. ✅

2) Air banyak & melimpah keluar krn hujan lebat hampir setiap hari.

3) Pembinaan rumah sistem solar & sistem rawatan air bersih W4L Kg Hujung Pulau Jambongan selesai. ✅️

4) Esok, akan mula pembinaan sistem solar & sistem air bersih.

26 Nov 2025

Kemaskini Projek Pembinaan Sistem Air Bersih Kampung Hujung, Pulau Jambongan, Sabah

FASA 1:

1) Proses penyediaan tapak binaan dan penghantaran barang-barang pembinaan.

2) Proses pembinaan rumah pam, solar & sistem rawatan air W4L Kampung Hujung, Pulau Jambongan, Sabah.

3) Proses pengorekan kolam tadahan air bersaiz 50 kaki x 30 kaki selesai.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 19, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 18, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 18, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 17, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 07, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTUAN SEGERA UNTUK GAZA
BANTU MANGSA BENCANA BANJIR DI TIGA WILAYAH
PEMBINAAN MADRASAH UNTUK PELAJAR HAFAZAN AL-QURAN
SUMBANGAN BAIK PULIH SEKOLAH
PONDOK ROSAK AKIBAT BANJIR HULURKAN ALMARI DAN AL QURAN