PERTUBUHAN IHSANKU MALAYSIA

Dimulakan pada Nov 10, 2025

HADIAH INFAQ AIR BERSIH BUAT PENDUDUK KAMPUNG HUJUNG

RM410 / 0.82 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

25 Penyumbang

349 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Penduduk kampung ini mengalami kekurangan sumber air bersih untuk menampung rutin harian mereka. Mereka hanya menggunakan air hasil tadahan hujan. Bantu mereka dapatkan air bersih!


"Setiap titis air yang mereka gunakan akan menjadi saksi kita di akhirat kelak.."

Kampung Hujung terletak di Pulau Jambongan, sebuah pulau di pantai utara Sabah dalam daerah Beluran, Bahagian Sandakan. Pulau ini merupakan salah satu pulau terbesar di Sabah dan terletak di Teluk Paitan. Selain Kampung Hujung, terdapat beberapa kampung lain di pulau ini, termasuk Kampung Limau-Limau, Kampung Malalin, Kampung Bahanan dan Kampung Babagu. 


Perigi ini adalah hasil galian penduduk kampung di sini, namun air yang keluar tidak bersih untuk diminum. 


Pulau Jambongan mempunyai populasi sekitar 1,900 orang, dan hampir 300 daripadanya menetap di Kampung Hujung dengan majoriti penduduknya bekerja sebagai nelayan. Namun, pulau ini menghadapi cabaran infrastruktur asas. Sehingga kini, penduduk masih bergantung kepada generator untuk bekalan elektrik. Selain itu, penduduk juga bergantung kepada tadahan air hujan untuk keperluan harian kerana ketiadaan bekalan air bersih yang konsisten.



Setiap rumah di kampung ini mempunyai beberapa tangki air untuk mereka tadah air apabila hujan turun. 

Permasalahan yang dihadapi penduduk kampung ini adalah kekurangan sumber air bersih untuk menampung rutin harian mereka. Buat masa sekarang, mereka hanya menggunakan air hasil tadahan hujan untuk membasuh pakaian, pinggan dan sebagainya. Namun begitu, ianya tidak boleh digunakan sebagai air minum.

"Kami terpaksa didihkan air hujan supaya boleh diminum" 

Begitulah rintihan salah seorang penduduk kampung di sana mengenangkan betapa susahnya mereka mendapatkan sumber air yang bersih untuk diminum. Lebih malang lagi apabila tiba musim kemarau yang sangat panjang, mereka terpaksa mengehadkan penggunaan air tadahan yang sedia ada. 


Setiap rumah di kampung ini mempunyai beberapa tangki air untuk mereka tadah air bila hujan turun. Setiap insan yang Allah kurniakan rezeki, pasti ada bahagiannya untuk dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Apa sahaja kebaikan yang kita lakukan dengan penuh ikhlas, akan menjadi bekalan berharga yang menanti kita di akhirat kelak.

Hari ini, kita diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada usaha kebaikan iaitu membantu membina sebuah sistem saliran air baru yang bakal memberi manfaat besar kepada penduduk kampung. Bayangkan, setiap kali mereka menggunakan kemudahan itu, pahala akan terus mengalir untuk kita, walaupun kita telah tiada lagi di dunia.

Dana yang disalurkan akan digunakan untuk penggalian perigi baru yang lebih dalam, pembelian barang, kos upah pemasangan & tukang dan juga penyelanggaran.


Insya-Allah sumbangan tuan puan akan dimanfaatkan kepada penduduk Kampung di sini. Setiap air yang mengalir kepada penduduk kampung yang memerlukan akan menjadi jariah buat anda di akhirat kelak. Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.”

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 13, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 13, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 13, 2025

HAMIDA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 13, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 13, 2025