ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Aug 14, 2023

SEDEKAH AIR BERSIH UNTUK MANGSA EL NINO KEKERINGAN BERKEPANJANGAN

RM215 / 7.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Dampak El Nino memperteruk persediaan air bersih di kawasan Cianjur yang terjejas gempa bumi, warga masih membutuhkan bantuan. Jom kita bersedekah air bersih kepada mangsa kekeringan!


Memasuki musim panas, di mana curahan hujan mulai rendah, mengakibatkan kekeringan terjadi di beberapa belahan dunia, salah satunya di Indonesia. Tercatat 16 daerah mengalami musim kemarau dengan kekeringan yang berkepanjangan. Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) memaklumkan fenomena El Nino yang semakin memuncak dan Dipol Lautan Hindi (IOD) yang positif boleh mencetuskan musim kekeringan pada musim kemarau di Indonesia.



“Diramalkan pada semester kedua, terdapat impak yang menyebabkan intensiti hujan berkurangan di beberapa kawasan di Indonesia sepanjang musim kemarau. Beberapa kawasan di Indonesia malah diramalkan mengalami intensiti hujan di bawah paras normal, atau keadaan lebih kering. Berbanding apa yang berlaku secara normal," kata Ketua BMKG Dwikorita Karnawati dalam satu kenyataan akhbar yang diterima di sini pada Selasa.



Dampak kekeringan ini, salah satunya sangat terasa di kawasan Cianjur, kawasan yang pada November lepas mengalami gegaran gempa bumi Magnitud 5.6. Ditambah oleh impak dari gempa bumi yang menyebabkan kerosakan pada sumber mata air. Sumur-sumur terhempap material runtuhan dan juga air dari dalam tanah tidak keluar semestinya. Sumur-sumur air mengering menyebabkan aliran air kurang tersedia. Walaupun ada air, ia kotor dan tidak patut untuk penggunaan sehari-hari.



Mangsa terjejas gempa bumi di Cianjur masih butuh bantuan kita. Susah mereka mendapatkan air bersih. Kami membutuhkan kebaikan anda untuk menyewa lori untuk menghantarkan air bersih. Air bersih yang Asar Humanity hantarkan amatlah ditunggu oleh warga. Air ini sudah melalui proses filtrasi, ianya bersih, segar dan dapat langsung diminum. Kos bayar lori satu kali hantaran kena dibayar sekitar RM403. Lori ini dapat menghantarkan 8000 liter air bersih untuk memenuhi kebutuhan warga pelarian. InshaAllah bantuan dari anda akan memenuhi kebutuhan air yang bersih dan sihat.



Kawasan Cianjur hanyalah salah satu wilayah yang terdampak kekeringan, inshaAllah bantuan anda akan kami hantarkan kepada mangsa kekeringan lainnya di kawasan lainnya yang terjejas El Nino. Semoga Allah melimpahkan keberkahan dari pahala jariyah yang anda dermakan kepada warga terjejas mangsa pelarian Cianjur. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 16, 2023

Kempen Sumbangan Tamat