PERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN

Dimulakan pada Oct 11, 2023

ALIRKAN PAHALA MELALUI INFAQ AIR BERSIH DI MAAHAD NAHDHAH SYABAB

RM170 / 0.34 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen membina sistem saliran air bersih dan menggali telaga air yang baru bagi menambah keupayaan penyimpanan air ketika mengharungi musim kemarau setiap tahun. Jom bantu kami!


B-Humanity dengan Kerjasama Pertubuhan Ihsan Madani (Malaysia) serta Himpunan Masyarakat Sipil Untuk Kedamaian (Selatan Thailand) sedang menggerakkan satu Projek Infaq dan Waqaf Air. Air merupakan sumber utama kehidupan bagi apa sahaja hidupan di muka bumi ini. 



Jelajah Tim B-Humanity ke lapangan mendapati banyak masjid/surau/pondok/tahfiz/madrasah mengalami masalah air yang sangat teruk. B-Humanity bersama rakan NGO berhasrat untuk meneruskan projek air yang telah siap kami laksanakan sebelum ini, untuk dibawa ke depan bagi dilaksanakan di institusi agama yang lain.




Gambar dari atas menunjukkan keluasan sekolah dan asrama serta kepadatan penghuni yang ada di maahad tersebut memberikan gambaran bahawa mereka tidak dapat menampung penggunaan air yang sangat tinggi setiap hari di samping tangki simpanan yang sangat terhad.



Pam air yang sudah terlalu lama dan uzur tidak mampu bertahan lagi untuk menyedut kuantiti air yang banyak.



Keadaan asrama yang padat dan rapat menceritakan lagi betapa ramainya pelajar dan penghuni yang mendiami asrama maahad berkenaan.



Air yang kurang bersih dan kekuningan



Air yang ditadah digunakan untuk memasak, mandi dan membasuh pakaian.



USAHA MENGGERAKKAN PROJEK WATER 4 JANNAH @ SISTEM AIR BERSIH


Maahad Nahdhah Syabab Islamiah sangat memerlukan projek penambahbaikan sistem bekalan air bersih di atas kekangan dana dan sebab-sebab yang dinyatakan di atas.



Oleh itu, B-Humanity telah bertemu dengan mudir madrasah berkenaan mengambil inisiatif dengan menggali telaga baru yang lebih dalam untuk mendapatkan sumber air tambahan daripada telaga yang aktif dan mengeluarkan banyak air. Selain perlunya penapis air dan tangki simpanan yang besar untuk memberi manfaat bukan sahaja penggunaan Jemaah Masjid dan Pusat Tahfiz, malah ia juga dapat memberi manfaat kepada komuniti kampung yang terkesan di sana.



Kos yang diperlukan bagi merealisasikan projek ini adalah RM100,000.00 merangkumi sistem air di sekolah dan asrama pelajar.



Kami mengalu-alukan anda yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam pembinaan projek telaga air ini, semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak.


"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Surah Al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 13, 2023

Kempen Sumbangan Tamat