ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Feb 11, 2025

AGIHAN AIR BERSIH UNTUK ANAK ANAK PALESTIN FASA 2

RM430 / 8.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

28 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Setiap titisan air bersih yang kita sediakan sangat berharga untuk kehidupan mereka di kem pelarian. Jom bantu mereka dengan sedekah air bersih.


Alhamdulillah, gencatan senjata telah dilaksanakan di Palestin, namun perjuangan saudara-saudara kita di sana masih jauh daripada selesai.



Lebih 150,000 pelarian di Gaza mengalami penyakit kulit dari kudis hingga cacar air, kutu, impetigo dan ruam. Ini berlaku kerana cuaca panas, sanitasi yang buruk, dan krisis air bersih yang semakin teruk akibat serangan Israel sejak Oktober 2023. (Sumber: WHO)



Kebanyakan mereka yang dijangkiti adalah kanak-kanak. Mereka sangat sukar untuk tidur malam kerana gatal-gatal di seluruh badan. Kekurangan air bersih di Gaza menyebabkan pelarian Gaza terpaksa mandi dan membasuh pakaian di laut. Sementara itu, air laut dicemari oleh bahan buangan dan ini telah berlaku selama lebih daripada sepuluh bulan.



Pasukan Asar Humanity kini masih berusaha untuk mengagihkan bantuan air bersih kepada saudara-saudara Palestin di kem pelarian. Tetapi, kami amat memerlukan sokongan anda untuk membekalkan lebih banyak air bersih.



Oleh itu, kami menjemput anda untuk menderma air bersih untuk menyelamatkan kanak-kanak di Gaza mahupun saudara Palestin lainnya. Insya-Allah bantuan ini dapat meringankan kesusahan mereka serta membawa banyak keberkatan kepada kita.


Jom #BuatBaik

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 12, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 12, 2025

ZHK

Menyumbang sebanyak RM30.00

Feb 11, 2025

Kempen Sumbangan Tamat