YAYASAN ENDATOE RAJ ELFATH

Dimulakan pada Dec 12, 2025

AIR BERSIH UNTUK MANGSA BANJIR ACEH SUMATERA

RM840

Telah terkumpul

34 Penyumbang

Kongsi:

Tentang Kempen

Raih pahala jariah kerana memberi air adalah sedekah terbaik di sisi Allah. Jom bnatu!


Banjir besar yang melanda Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat bukan sahaja merosakkan rumah, ladang dan jalan raya, tetapi turut memutuskan akses kepada air bersih bagi ratusan ribu penduduk. Mengikut laporan terkini pihak berkuasa bencana, lebih daripada 894,000 mangsa masih bergantung kepada pusat pemindahan dan bantuan luar, di mana banyak kawasan kini mengalami kekurangan air minum yang selamat.



Sungai-sungai yang biasanya digunakan penduduk kini tercemar lumpur pekat, sisa banjir dan bahan berbahaya. Tangki air di beberapa kampung hanyut dibawa arus, bahkan telaga dan perigi air turut rosak atau tertimbus. Di pusat-pusat pemindahan, para ibu, warga emas, dan anak-anak kecil terpaksa berkongsi sedikit bekalan air yang ada untuk minum, memasak dan berwuduk.



Mengapa Air Bersih Begitu Penting?


Air adalah nikmat yang tidak ternilai, dan menjaga keselamatan serta kesihatan mangsa menjadi keutamaan utama.



Firman Allah SWT:


“Dan Kami jadikan dari air segala sesuatu yang hidup.”

Surah Al-Anbiya’ 21:30


Dalam situasi darurat seperti ini, memberikan air bersih bukan hanya menghilangkan dahaga, tetapi juga menghindarkan penyakit, memudahkan wuduk, dan menyelamatkan nyawa.



Kekurangan air bersih berpotensi menyebabkan penyakit kulit, cirit-birit, jangkitan pernafasan, dan mempersulit keadaan para ibu serta anak kecil yang amat bergantung kepada sanitasi yang baik. Setiap sumbangan anda sangat bernilai. Air bersih yang anda berikan akan menjadi penyelamat bagi keluarga yang sedang berjuang di tengah kesulitan ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 13, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 13, 2025

HMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 13, 2025

MUHAMMAD PUDZI BIN ISMAIL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 13, 2025