SEDEKAH AIR BERSIH UNTUK ANAK ANAK GAZA

Dianjurkan oleh:
ASAR HUMANITY
Dimulakan pada:
29 Oct, 2024
SEDEKAH AIR BERSIH UNTUK ANAK ANAK GAZA
25.83%
RM775
/RM3,000
35
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Sokong saudara kita di Gaza, Palestin dengan mengirimkan bantuan bahan masak, air bersih, pakaian dan selimut bersama ASAR Humanity.

Jom bantu masyarakat Gaza mendapatkan akses air bersih yang cukup bersama ASAR Humanity.

Bantu Sediakan Air Bersih untuk Warga Gaza

Rasulullah SAW bersabda, “Sedekah yang paling utama adalah memberikan air minum.” (HR. Ahmad)

Air merupakan nikmat yang sering kita anggap biasa, tetapi bagi saudara-saudara kita di Gaza, ia adalah keperluan yang amat sukar diperoleh.

Hingga kini, lebih daripada 90% air di Gaza tidak layak diminum. Krisis air bersih yang berpanjangan menyebabkan ribuan warga Gaza, termasuk kanak-kanak, hidup dalam penderitaan tanpa akses yang mencukupi terhadap air bersih.

Baru-baru ini, ASAR Humanity telah berjaya menghantar tangki-tangki air bersih ke kem-kem pelarian di Gaza.

Kehadiran tangki air ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh warga Gaza. Orang dewasa dan kanak-kanak berbaris membawa botol dan galon untuk mendapatkan air bersih yang sangat mereka perlukan.

Melihat betapa berharganya bantuan ini, kami bertekad untuk terus menghantar lebih banyak air bersih ke kawasan-kawasan yang sangat memerlukan. Masyarakat Gaza masih menderita akibat krisis kemanusiaan yang berlarutan, dan tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, kesihatan mereka semakin terjejas. Kami mengajak anda untuk turut serta dalam usaha murni ini.

Insya-Allah, setiap titisan air yang kita sumbangkan akan menjadi pahala jariah yang berpanjangan. Donasi yang anda berikan akan digunakan untuk menyediakan air bersih kepada mereka yang terpinggir di Gaza. Setiap sumbangan anda, walaupun kecil, akan memberikan harapan dan kehidupan kepada mereka yang amat memerlukan. Mari kita bersama-sama meringankan beban saudara-saudara kita di Gaza.

Jom #BuatBaik! 

Laporan Kempen

28 Nov 2024

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta bantuan dan sokongan dari para dermawan, pasukan ASAR Humanity telah melakukan penghantaran tangki air bersih kepada masyarakat di Kota Jabalia, Gaza Utara, Palestin,

Kegiatan disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk setempat. Warga di kawasan tersebut telah lama menghadapi kesukaran untuk mendapatkan akses air bersih akibat situasi genting yang hingga kini masih terjadi.

Apabila tangki air tiba, suasana berubah menjadi meriah, dengan semua orang, dari orang dewasa hingga kanak-kanak, datang beramai-ramai membawa baldi, botol, dan tong.

Mereka segera mengisi bekas-bekas itu untuk membawa air bersih ke khemah-khemah pelarian mereka, yang selama ini sangat kekurangan bekalan air. Aktiviti ini menjadi detik yang menyentuh hati, di mana harapan dan bantuan dari luar sangat dihargai oleh penduduk yang sedang berjuang dalam keadaan sukar.

Semoga Allah membalas kebaikan anda semua dengan pahala yang berlipat ganda dan memudahkan urusan kita di dunia serta akhirat. Aamiin.

Mari Teruskan Derma untuk Palestin!

https://sumbangan.com/watertankuntukpalestin 

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 29, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 22, 2024
MUHAMAD IZZUAN BIN BAHARUDIN
MUHAMAD IZZUAN BIN BAHARUDIN
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 20, 2024

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

ELEKTRIK MENYALA AL QURAN TERPELIHARA INFAQ UTILITI ELEKTRIK TAHFIZ
SEDEKAH PEMBELIAN MESIN AIR DAN AIR BERSIH UNTUK TAHFIDZ QURAN
INFAQ MAKANAN SIHAT UNTUK ANAK ANAK KESAYANGAN RASULULLAH
RAIH PAHALA DENGAN BANTU UTILITI BIL AIR MAAHAD TAHFIZ 2026
AIR MINUM BERSIH UNTUK PELAJAR TAHFIDZ QURAN SYAWAL INI
Kempen Sumbangan Tamat