Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM980 / 6.53 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000
46 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari, hari yang penuh dengan keberkatan, keampunan, dan peluang besar untuk menggandakan amal kebaikan. Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat…”
(Hadis Riwayat Muslim)

Pada hari yang penuh barakah ini, marilah kita rebut peluang untuk membantu saudara-saudara kita yang sedang berjuang mendapatkan keperluan hidup paling asas, air bersih. Di kawasan pedalaman dan penempatan miskin seperti di Lebak, Banten, ramai penduduk masih perlu berjalan jauh untuk mendapatkan air.
Anak-anak kecil terpaksa mendaki bukit sambil membawa baldi berat, ibu-ibu mencuci pakaian di tempat yang jauh dari rumah, dan warga tua pula keletihan ulang-alik mengangkat air. Lebih menyedihkan, ada rumah yang langsung tiada tandas, hanya menggunakan tandas kongsi yang tidak berpintu dan tidak selesa.

Air adalah keperluan hidup yang sangat penting. Ia membawa kesihatan dan membantu kelangsungan hidup. Tanpa air bersih, risiko penyakit meningkat, dan kehidupan harian menjadi sangat sukar.

Melalui kempen Sedekah Jumaat, ASAR Humanity mengajak anda semua untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Dengan sumbangan anda, kita dapat membina saluran paip air ke rumah-rumah, membina telaga, dan menyediakan tandas yang lebih bersih dan selesa. Ini akan memudahkan kehidupan harian mereka dan memberi lebih keselesaan kepada anak-anak dan orang tua di sana.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
RAJA NORIZA BINTI RAJA ARIFFIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 25, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 17, 2025
SEMUT HITAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 07, 2025
SEMUT HITAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 02, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 26, 2025