PERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN

Dimulakan pada Apr 05, 2024

PAHALA YANG MENGALIR DARI ANAK TAHFIZ BUAT IBU AYAH DAN PENYUMBANG

RM1,331 / 11.09 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM12,000

65 Penyumbang

60 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Projek Infaq Telaga Air Bersih untuk Maahad Nuril Hayat. Projek ini akan memberikan manfaat kepada hampir 400 pelajar dan masyarakat kampung berdekatan untuk menghadapi masalah air. Jom bantu!


Untuk makluman, Pertubuhan Kemanusaan Tanpa Sempadan @ B-Humanity dengan Kerjasama Pertubuhan Ihsan Madani (Malaysia) dan Civil Society Assembly for Peace - CAP (Patani, Thailand) sedang menggerakkan satu Projek Infaq dan Waqaf Air di wilayah Islam di Selatan Thailand. Sepanjang tinjauan kami di wilayah selatan, hampir kebanyakan sekolah/ pondok/ maahad menggunakan air telaga dan tadahan air hujan untuk penggunaan air seharian mereka.


Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam pembinaan projek infaq air bersih ini. Semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak.



GANDAKAN PAHALA YANG MENGALIR UNTUK IBU DAN AYAH ANDA YANG SUDAH TIADA DENGAN INFAQ AIR BERSIH DI MAAHAD NURIL HAYAT.



Ma'ahad Nuril Hayat (MNH) @ Srichiwan Wittaya School terletak di Daerah Raman Wilayah Yala, Thailand. Maahad ini mempunyai pelajar hampir 200 orang termasuk lelaki dan perempuan. MNH mempunyai asrama dan kesemua pelajar menginap di asrama yang serba kekurangan.



Projek Infaq Air Bersih sangat diperlukan oleh mereka kerana sehingga kini mereka bergantung penuh dengan telaga air yang lama mereka gali kian berkurangan punca airnya. Selain air yang mereka dapatkan daripada telaga berkenaan tidak ditapis dan adakalanya berbau.



Masalah air tiada ditandas dan bilik air juga menjadi faktor utama kita ingin segerakan pembinaan baik pulih semula sistem saliran dan menggali telaga air baru yang lebih dalam dan dapat mencapai kepuasan air yang tidak terganggu lagi.




Atas masalah kekurangan dana dan sistem pengajian yang percuma kepada semua pelajar menyebabkan pihak pengurusan maahad tidak mampu menggantikan motor pam air setiap kali mengalami kerosakan.



KENAPA PERLU BANTU MA'AHAD NURIL HAYAT



Anak-anak pengajian di Maahad Nuril Hayat hampir kebanyakan terdiri daripada kalangan asnaf dan ada daripadanya adalah anak yatim. Pihak MNH juga tidak mengenakan sebarang yuran bayaran untuk pengajian kepada setiap pelajar malah memberi ruang tempat tinggal kepada mereka walaupun dalam keadaan serba kekurangan.



"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Surah Al-Baqarah: 261)



Semoga semua penyumbang dana dan doa yang sama-sama menjayakan projek ini diberikan ganjaran yang berpanjangan seperti air yang mengalir.


"Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang berkongsi sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi."


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 16, 2024

ZALITA BT YAACOB

Menyumbang sebanyak RM20.00

Apr 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 15, 2024