MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 27, 2023

SEDEKAH AIR MINUMAN KEPADA PELAJAR TAHFIZ

RM150 / 5.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAIH PAHALA BERTERUSAN DAN LAHIRKAN SENYUMAN DI BIBIR MEREKA DENGAN BERSEDEKAH AIR MINUMAN BOTOL KEPADA PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM. AYUH KITA BANTU!


Air adalah sumber keperluan asas dalam kehidupan manusia lebih-lebih lagi golongan pencinta Al-Quran untuk membaca Al-Quran. Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam, Kedah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen infaq air minuman buat 70 orang pelajar tahfiz di sini. Ia adalah untuk mereka minum semasa menghafaz Al-Quran dan juga selepas selesai solat serta untuk majlis tahlil juga doa selamat. Para pelajar di maahad tahfiz kami ini kebanyakannya datang dari keluarga asnaf dan anak yatim.



“Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslim, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (HR Tirmidzi)




Anak yatim merupakan amanah yang Allah berikan kepada manusia yang berakal. Mereka diamanahkan untuk disantuni sebagaimana kita menyantuni diri kita sendiri dan keluarga. Jika kita mempunyai kesempatan menyantuni anak yatim, jangan pernah sia-siakan peluang ini. Tidak hanya jaminan syurga di akhirat, Allah SWT pun menjanjikan kepada orang yang menyantuni anak yatim akan terpenuhi semua keperluan hidupnya. Menyantuni anak yatim sama seperti berinfaq di jalan Allah dan Allah akan melipat gandakan harta hamba-Nya.



Akhir kata, jom infaq RM10 untuk bekalan air minum tahfiz asnaf dan anak yatim. Pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada para dermawan kerana kesudian berkongsi harta untuk menjayakan kempen infaq air minuman bagi membantu pelajar tahfiz yatim mewujudkan impian mereka menjadi seorang huffaz Al-Quran. Usah bertangguh untuk bersedekah yang pahalanya akan sentiasa mengalir buat kalian hingga ke akhirat kelak. Semoga Allah SWT membalas kebaikan dan kemurahan hati kalian dengan limpahan rezeki dan keberkatan hidup dunia akhirat serta memberikan kebahagiaan kepada penerima manfaatnya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 01, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM20.00

Sep 30, 2023

Kempen Sumbangan Tamat