ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Jan 10, 2023

RAYUAN DERMA KILAT BANTU MANGSA AIR PASANG

RM375 / 3.75 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami merayu derma kilat dari anda semampu mungkin untuk membantu misi kami membantu mangsa-mangsa air pasang besar Sandakan. Situasi mereka amat memerlukan bantuan kita.


Pada 24 Disember 2022, sekitar pukul 10.30 malam, air pasang besar membadai Kampung Forest dan Kampung Thinusa 2 di Sandakan menyebabkan 124 buah rumah warganegara telah roboh dan musnah. Ini menyebabkan 684 orang tinggal sehelai sepinggan. Turut musnah ialah bot-bot mereka, yang merupakan alat untuk mencari sumber rezeki kerana mereka adalah nelayan laut.



Terkini, 50 keluarga telah dipindahkan ke PPR Batu Putih dan 30 lagi ke PPR Murni di Sandakan. Namun PPR ini tiada sumber air kerana PPR ini belum dihuni sebelum ini. Baki dari 124 keluarga pula kembali ke kampung asal dan bina pondok kecil sementara mengikut kemampuan. Oleh kerana bot-bot mereka juga musnah, mereka tiada lagi punca pendapatan.



Iltizam Relief akan ke sana membantu mereka dengan beberapa bentuk bantuan. Namun,kami baru sahaja mendapat maklumat hari ini mereka amat memerlukan bantuan barang makanan dan air. Majoriti mereka adalah orang Islam dan bukan Islam juga ada. Marilah kita sama-sama membantu apa yang termampu. Menyumbanglah sedikit untuk menampung kos Iltizam Relief dalam usaha memberi sedikit kelegaan kepada mereka.




ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه


Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

(Riwayat al-Bukhari)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 11, 2023

Kempen Sumbangan Tamat