Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM570 / 5.18 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM11,000
40 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bayangkan kehidupan tanpa air bersih. Di pedalaman Kemboja, ini adalah realiti harian bagi ribuan keluarga. Infrastruktur yang terhad dan pencemaran air menyukarkan mereka mendapatkan bekalan air bersih. Ada yang perlu berjalan jauh untuk mendapatkan air, ada pula yang terpaksa membeli setiap hari, walaupun mereka hidup serba kekurangan.

Melalui Projek Telaga Iltizam, kami bersama rakan tempatan berusaha untuk membina telaga-telaga air bersih di kawasan pedalaman Wilayah Tboung Khmum. Telaga ini bukan sekadar sumber air, tetapi juga simbol harapan dan kehidupan yang lebih baik untuk hampir 10 keluarga setiap satu.

Namun, kami sedar cabaran kini. Dengan keadaan ekonomi semasa, ramai yang perlu berhati-hati dengan perbelanjaan. Tapi ingatlah, saudara seagama kita di Kemboja sangat memerlukan perhatian dan keprihatinan kita. Mereka menanti huluran tangan kita untuk membantu meringankan beban mereka.
Sumbangan Anda, Harapan Mereka!

Kempen ini menyasarkan fasa pertama pembinaan 5 buah telaga pada tahun 2025 dengan kos sebuah telaga RM2,200. Tapi jangan bimbang jika anda tidak mampu menyumbang jumlah penuh, walau sekecil mana sumbangan anda, ia tetap membawa makna besar. Setiap ringgit yang anda hulurkan akan menyumbang kepada pembinaan telaga-telaga ini dan memberikan kehidupan yang lebih bermaruah kepada mereka yang memerlukan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 03, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 03, 2025
AINI ANUAR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 03, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 03, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 03, 2025