PERSATUAN KHIDMAT SRIKANDI JANNAH

Dimulakan pada Jan 03, 2025

INFAK BAJU DAN PERALATAN SEKOLAH

RM165 / 3.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari bersama kita pastikan setiap anak mendapat peluang untuk belajar dengan selesa! Sumbangkan barangan sekolah hari ini dan jadilah sebahagian daripada perubahan.


Kami ingin mengajak para penyumbang untuk bersama-sama kami menjayakan kempen kali ini dalam usaha membantu meringankan beban keluarga asnaf dan anak yatim yang memerlukan.



Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, dia akan mendapatkan pahala seperti yang melakukannya. 



Menurut statistik yang diperoleh dari tahun 2020 hingga 2023, terdapat peningkatan yang signifikan dalam jumlah pelajar asnaf. Dengan sesi persekolahan 2025 semakin menghampiri, kelengkapan sekolah baharu menjadi perkara penting yang dapat memberikan motivasi kepada murid-murid untuk kembali ke sekolah.



Bantuan yang akan diberikan adalah set kelengkapan barangan sekolah seperti:


1. Baju Sekolah

2. Kasut Sekolah

3. Beg Sekolah




Doakan segala urusan bantuan pakaian sekolah ini Allah SWT permudahkan.


Firman Allah SWT yang bermaksud:


“Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.” (Surah al-Naml, ayat 40)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 07, 2025

Kempen Sumbangan Tamat