BANTUAN ALAT BANTU PENDENGARAN KEPADA ADIK MUSTIKA ZAMEERA

RM986 / 9.86 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

35 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita bersama membantu untuk memudahkan urusan adik ini, manalah tahu dengar alat bantuan pendengaran hasil daripada sumbangan anda semua tiba-tiba adik ini boleh mendengar. Allahuakbar.


Allahuakbar, ujian seorang adik bernama Mustika Zameera Binti Abdullah, OKU pendengaran. Tidak dapat dibayangkan jika ia berlaku di kalangan keluarga kita. Ayuh kita bantu!


Itulah persoalan pertama yang menjengah fikiranku ketika melihat nasib seorang adik bernama Mustika Zameera Binti Abdullah. Terdetik juga, sampai bila adik ini tidak ada bantuan alat pendengaran daripada sesiapa yang sudi mahu membantu. Adik ini yang sepatutnya bersekolah tetapi tidak dapat disekolahkan kerana sekolahnya berada di daerah lain dan memerlukan kos yang tinggi.



Adik ini sepatutnya dapat bantuan daripada jabatan yang sepatutnya tetapi malangnya jabatan tersebut memberitahu adik Zameera tidak layak untuk bantuan alat pendengaran bahkan bantuan bulanan. Pemohon tiada sumber pendapatan tetap kerana tidak bekerja, tergolong daripada miskin tegar.



Bila ditanya ibu bapa adik ini, mereka tidak mampu untuk membeli alat pendengaran tersebut kerana harga alat bantuan pendengaran itu berharga hampir mencecah RM10,000. Ibu beliau juga memberitahu bahawa adik ini pernah menerima alat pendengaran daripada ATM tetapi alat bantuan pendengaran tersebut telah rosak dan tidak boleh dipakai lagi.



Inilah kisah realiti tentang seorang OKU Pendengaran yang memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM10,000 untuk membeli alat pendengaran yang baharu. Kes ini sudah lama cuma kurang menjadi perhatian kepada masyarakat luar. Semoga ada insan baik diluar sana yang mahu membantu adik ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM17.00

May 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 16, 2023

Kempen Sumbangan Tamat