SUMBANGAN DANA PERALATAN MASJID SEMPENA RAMADHAN

RM1,110 / 37.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

57 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh sempena Ramadhan ini kita menyumbang dana peralatan masjid. Sumbangan anda dapat membantu jemaah masjid lebih selesa untuk beribadat. Besar pahalanya membantu saudara kita untuk beribadat.


Dewasa ini, kebanyakan masjid telah menambah baik prasarana dan kemudahan masjid. Penambahbaikan ini adalah sejajar dengan pertambahan bilangan jemaah terutamanya pada solat Jumaat dan solat-solat yang tertentu. Pemodenan prasarana masjid ini juga adalah selaras dengan peredaran semasa.



Namun demikian, terdapat juga sebilangan masjid yang masih kurang mendapat perhatian. Terutamanya masjid-masjid kariah yang terletak di kawasan kampung. Komuniti Ihsan terpanggil untuk membantu jemaah masjid demi keselesaan untuk beribadah. Sesungguhnya keselesaan di dalam membuat ibadah akan mendatangkan kekhusyukan dan pahala yang berlipat ganda.



Sehubungan dengan itu pihak Komuniti Ihsan bercadang berkongsi amalan baik dimana pihak kami akan menyalurkan bantuan dan derma berupa peralatan yang diperlukan mengikut kesesuaian dan kehendak jemaah masjid. Sesungguhnya besar pahala bagi sesiapa yang menolong memudahkan orang melakukan ibadahnya.




Nabi Muhammad SAW juga bersabda, “Barangsiapa mengerjakan keperluan saudaranya yang muslim, maka ia mendapatkan pahala seperti orang yang mengabdi kepada Allah dalam sepanjang usianya" (HR Abi Na’im)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2023

NOR RASYIDAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 08, 2023

ABDUL KARIM BIN MOHAMED

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 08, 2023

Kempen Sumbangan Tamat