ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 11, 2022

PAKEJ ALAT TULIS PELAJAR TAHFIZ MISKIN

RM1,070 / 21.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

49 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Banyak pelajar tahfiz miskin tidak bisa menulis menggunakan alat tulis peribadi, jom hadiahkan mereka pakej alat tulis supaya mereka bisa belajar dengan tenang!


Membuat keputusan belajar di maahad bukanlah satu pilihan yang mudah, kerana apabila kita memasuki maahad, kita akan berhadapan dengan pelbagai ujian yang akan datang. Selain itu, semasa tinggal di maahad, kita juga harus dapat hidup lebih berdisiplin dan memupuk sifat sabar dalam diri.



Di lain sisi, tidak semua anak-anak yang masuk maahad berasal dari keluarga yang berada, ada di antara mereka yang berasal dari keluarga yang sederhana, bahkan yang berkekurangan. Namun, banyak di antara mereka yang mempunyai tekad kuat dan memutuskan untuk memasuki maahad untuk mendapat pendidikan agama.



Dengan kehidupan yang serba kekurangan, kadangkala ada di antara mereka yang terpaksa meminjam antara satu sama lain untuk keperluan harian, salah satunya adalah alat tulis yang digunakan untuk menulis mata pelajaran yang dipelajari, atau menterjemah setiap perkataan kitab yang sedang di imlak oleh ustadz atau ustadzah.



Tetapi jika mereka terus bergantung kepada peminjaman alat tulis secara berterusan, bagaimana mereka dapat belajar di luar waktu kelas? dan bagaimana mereka dapat belajar dengan tenang?


Oleh sebab itu, melalui program Pakej Alat Tulis Pelajar Tahfiz Miskin, marilah kita bersama-sama menyokong pelajar tahfiz agar terus dapat belajar dan menjadi insan yang berilmu, agar nantinya dapat melakukan perubahan kepada persekitaran dan masa depan mereka.


Dengan menderma RM96.77 atau berapa pun jumlahnya, anda sudah menyokong pendidikan pelajar tahfiz miskin yang memerlukan bantuan di Indonesia. Dan semoga apa yang anda berikan dapat menjadi kebaikan untuk anda di dunia dan di akhirat, aamiin ya rabbal ‘aalamin wa jazakumullahu khairan.



Teringat kalam Allah SWT:


إِنَّ ٱلْمُصَّدِّقِينَ وَٱلْمُصَّدِّقَٰتِ وَأَقْرَضُوا۟ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ


“Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (Allah dan Rasul-Nya) baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat gandakan (balasannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang besar.”

(QS Al-Hadid: 18)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 14, 2022

MAHAZAR HAIDOR

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 14, 2022

NIK NORFARIZA BINTI SUYUTI

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 14, 2022

Kempen Sumbangan Tamat