Yayasan EZ Prihatin

Dimulakan pada Oct 30, 2021

BANTU ADIK ALI DAN MISK

RM935 / 3.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM28,800

33 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Inisiatif yang digerak pihak Yayasan EZ Prihatin untuk membantu waris anak kecil yang menghidap masalah Cerebral Palsy di Gaza, Palestin.

ANAK KECIL INI  PERLUKAN BANTUAN ANDA



ADIK ALI DAN MISK HIDAPAI PENYAKIT CEREBRAL PALSY


Cerebral palsy merupakan salah satu masalah kesihatan yang popular di mana ia melibatkan gangguan kebolehan mengawal kedudukan dan pergerakan badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang. 


Luluh hati melihat penderitaan yang ditanggung oleh anak-anak kecil yang menghidap Cerebral Palsy ini. Tatkala anak-anak kecil normal di luar sana dapat menghabiskan masa bermain dengan gembiranya, namun mereka hanya terlantar tiada daya untuk bergerak meneroka fasa-fasa usia kecilnya.



Adik Ali, Penghidap Cerebral Palsy



Adik Ali menghidap penyakit Cerebral Palsy seusai bayi lagi akibat daripada masalah kelahiran pra-matang. Beliau tidak mampu bergerak dengan sendirinya menjadikan ia perlu pemantauan yang menyeluruh setiap masa oleh penjaga. Justeru, dana diperlukan untuk membantu meringankan kos keperluan khas Adik Ali seperti kos sesi rawatan, perjalanan untuk ke pusat rawatan, susu dan lampin.



Adik Misk Sebelum dan Selepas Menghidap Cerebral Palsy

Adik Misk dahulunya merupakan seorang anak kecil perempuan yang normal. Akan tetapi takdir Allah itu misteri sifatnya persis dengan maut ataupun kematian, yang datangnya tidak dapat kita ketahui. Beberapa tahun yang lalu, Adik Misk disahkan menghidap masalah Cerebral Palsy akibat daripada trauma yang dilalui beliau. Sekelip mata sahaja Adik Misk ditakdirkan tidak dapat mengawal kedudukan diri dengan normal, tidak mampu bergerak dan memerlukan rawatan yang berterusan.

Kos Rawatan Adik Ali & Misk = RM1200 Seorang/Bulan

RM2400 (Ali & Misk) X 12 bulan
= RM28,800

*menurut Doktor yang merawat adik Ali & Misk, untuk melihat perkembagan yang positif, pesakit Cerebral Palsy perlulah menjalani rawatan terapi sekurangnya selama 1 tahun

Di bawah kami lampirkan surat pengesahan daripada pihak hospital untuk kedua-dua adik Ali dan Misk makluman anda. 









Susulan itu, kami pihak Yayasan EZ Prihatin dengan kerjasama sebuah klinik kanak-kanak di Gaza telah tampil melancarkan Bantuan Perubatan Anak Cerebral Palsy ini iaitu dengan mengumpul sumbangan bagi membantu keluarga Adik Ali dan Adik Misk menampung kos keperluan khas mereka.

Jom sama-sama kita bantu Adik Ali dan Misk.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (QS. Al Maidah: 32)


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 13, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

May 02, 2022

Kempen Sumbangan Tamat