Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM350 / 0.70 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
19 Penyumbang
24 Baki Hari
Bencana banjir besar yang melanda wilayah Aceh dan Sumatera bukan sekadar menghanyutkan harta benda, malah telah meninggalkan kesan mendalam terhadap aspek kerohanian penduduk setempat. Di saat rumah-rumah diliputi lumpur, hampir keseluruhan naskhah Al-Quran di masjid, madrasah, dan kediaman penduduk telah hilang atau rosak dihanyutkan arus deras. Kini, saudara seakidah kita di sana sedang berduka, kehilangan panduan utama yang sepatutnya menjadi penenang hati dan sumber kekuatan jiwa dalam menghadapi ujian yang cukup dahsyat ini.


Menyedari betapa kritikalnya keperluan ini, program "Satu Juta Al-Quran untuk Aceh-Sumatera" dilancarkan sebagai usaha segera bagi membekalkan naskah suci yang baharu. Penyediaan Al-Quran ini adalah perkara yang sangat mendesak, memandangkan masyarakat Aceh amat memerlukan kalam Allah sebagai sandaran untuk bangkit semula dari kepiluan. Selain Al-Quran, sumbangan anda juga akan disalurkan bagi menyediakan keperluan ibadah lain seperti sejadah dan kelengkapan solat bagi memastikan aktiviti keagamaan dapat dihidupkan semula dengan sempurna.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami