YAYASAN ENDATOE RAJ ELFATH

Dimulakan pada May 15, 2024

SINARI AL QURAN DI PEDALAMAN DENGAN INFAQ QURAN

RM127 / 4.23 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh, hulurkan tangan dan berikan pelaburan terbaik anda untuk membantu pelajar al-Quran di pedalaman Aceh.


Di kawasan terpencil Aceh, terdapat ramai pelajar Islam yang bersemangat mendalami al-Quran demi menimba ilmu agama. Namun, mereka menghadapi halangan besar; kekurangan Al-Quran untuk belajar. Sedih melihat mereka terpaksa berkongsi satu al-Quran dengan beberapa orang, malah belajar tanpa ada al-Quran langsung.



Justeru, kami mengajak ibu-ibu dan adik-adik untuk menyumbang kepada program pembelian al-Quran yang akan disalurkan terus kepada pelajar-pelajar yang memerlukan di pedalaman Aceh. Setiap derma yang anda berikan, tidak kira jumlahnya, akan sangat bermakna bagi mereka.



Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang mengajarkan suatu ilmu, dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengamalkannya, tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikit pun."

(HR. Ibnu Majah)



Dengan menderma al-Quran, anda akan mendapat ganjaran dari setiap surat yang dibaca oleh pelajar, selamanya. Setiap ayat yang dibaca dan difahami oleh pelajar akan menjadi sumber kebaikan yang terus mengalir, bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga untuk persekitaran sekeliling. Dengan menyediakan al-Quran, anda telah menanam benih-benih kebaikan yang manfaatnya akan dirasakan oleh banyak orang.



Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Apabila mati seseorang manusia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya."



Sedekah al-Quran termasuk dalam kategori sedekah yang pahalanya akan terus mengalir walaupun kita sudah tiada. Ayuh, hulurkan tangan dan berikan pelaburan terbaik anda untuk membantu pelajar di pedalaman Aceh. Sumbangan anda bukan sahaja membantu mereka dalam pelajaran, malah akan menjadi pelaburan ganjaran anda di akhirat kelak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat