Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN BERGERAK AMAL KEBAJIKAN TARBIAH INSAN SABAH (BAKTI)
Dimulakan pada Jan 03, 2024
RM85 / 0.28 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000
5 Penyumbang
228 Baki Hari
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, para dermawan yang dihormati dan dikasihi sekalian. Sekali lagi kami terpanggil untuk mengadakan kempen Cintai Al Quran 2024.
Kempen ini kami akan infaqkan Al-Quran kepada 5 buah rumah tahfiz terpilih dan kurang berkemampuan dan perhatian di seluruh Negeri Sabah di sepanjang tahun 2024.
Al-Quran ini akan diberikan mengikut kapasiti pelajar tahfiz terbabit. Hal ini kerana setiap pusat tahfiz pelajarnya tidak sama bilangan. Kami berharap agar kempen ini boleh dijalankan mengikut bulanan dan kempen ini berterusan sehingga akhir tahun dan banyak pusat pusat tahfiz dapat dibantu.
Jika pihak kami dapat membantu sebulan 5 buah pusat tahfiz maka sehingga hujung tahun kami boleh membantu 60 buah pusat tahfiz penerima manfaatnya di sekitar Sabah mengikut keperluan mereka. Sumbangan anda amat kami hargai. Terima kasih, semoga Allah SWT merahmati kita semua, amin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami