AL-QURAN BUAT MEREKA YANG MEMERLUKAN

RM965 / 9.65 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

55 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita menyumbang bagi menjayakan Kempen Infaq Al-Quran ini. #BerikanSenyuman


Assalamu'alaikum wbt. Kempen ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi pembelian Al-Quran untuk diinfaqkan kepada mereka yang memerlukan di seluruh Malaysia. Hasil daripada infaq ini, penerima sumbangan mempunyai hak untuk mengagihkan Al-Quran ini kepada sesiapa yang memerlukan.



Sumbangan yang anda hulurkan, amatlah bermakna bagi kami dalam mengukir senyuman dan kebahagiaan di wajah penerima. Hasil daripada sumbangan akan kami gunakan untuk pembelian Al-Quran untuk agihan dari semasa ke semasa. Harapan kami, agar kita sebagai sebuah komuniti dapat bersatu hati dalam membantu masyarakat yang sedang menghadapi detik yang sangat sukar dan mencabar ini, dengan matlamat mampu meringankan beban mereka dalam mempermudahkan segala urusan yang dihadapi semampu yang boleh.



Bayangkan, betapa besarnya ganjaran pahala yang diperolehi dari pemberian Al-Quran yang anda infaqkan. Kami mensasarkan 500 naskah Al-Quran akan diagihkan kepada insan-insan yang memerlukan seperti anak-anak tahfiz, asnaf dan sebagainya. Bantuan berterusan daripada semua pihak amatlah diperlukan.



Terima kasih atas sumbangan semua. Setiap sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan. Marilah kita menjadi sebahagian daripada hamba Allah yang memberi manfaat kepada hambaNya yang lain. Semoga Allah gantikan setiap kebaikan kita dengan gunung-gunung emas di Syurga kelak, Allah berikan rezeki yang barakah seperti mengalirnya air zamzam, dan Allah makbulkan segala doa dan permintaan yang kita perlukan di dunia dan akhirat.



الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Maksudnya: (Orang yang beriman itu adalah) orang-orang yang beriman dengan perkara yang ghaib, menunaikan solat dan mereka memberi infaq apa yang kami rezekikan kepada mereka. (Surah al-Baqarah (2:3)).

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2022

Kempen Sumbangan Tamat