ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 29, 2025

SEDEKAH MUSHAF AL QURAN DAN BUKU ISLAM UNTUK OKU PENGLIHATAN

RM880 / 5.87 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

49 Penyumbang

65 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Bersama kita berikan peluang yang sama kepada saudara OKU penglihatan untuk menyentuh mukjizat Al-Qur’an. Jom bantu!


Bayangkan…betapa sukarnya seorang Muslim yang tidak dapat melihat untuk membaca kalam Allah. Namun, walaupun mereka diuji dengan keterbatasan, semangat mereka untuk belajar dan mendalami agama tidak pernah padam.



Hari ini, ramai guru Al-Qur’an dan pusat pengajian kecil yang berjuang tanpa lelah untuk mengajar saudara kita yang mempunyai kekurangan penglihatan. Ada yang mengajar secara percuma, ada yang menukar rumah mereka menjadi kelas, hanya kerana mahu memberi peluang agar semua orang dapat menyentuh keindahan Al-Qur’an.



Namun, realitinya begitu perit. Mereka kekurangan Mushaf Al-Qur’an Braille dan buku Islam khas untuk orang kelainan upaya. Tanpa mushaf ini, pelajar buta tidak mampu membaca Al-Qur’an, tidak mampu menghafal, dan tidak mampu merasai nikmat yang kita nikmati setiap hari. Melalui kempen ini, kita ingin mengajak tuan/puan untuk bersama:


1. Menyumbangkan Mushaf Al-Qur’an Braille untuk pelajar OKU penglihatan

2. Menyediakan buku Islam khas untuk memudahkan mereka belajar

3. Menyokong pusat Al-Qur’an dan guru ikhlas yang mengajar tanpa mengira penat lelah



Setiap mushaf yang anda sumbangkan akan menjadi cahaya di dunia dan akhirat. Setiap huruf yang mereka baca, setiap doa yang mereka lantunkan, insya-Allah pahala akan mengalir kepada anda tanpa henti. Mari bersama kita berikan peluang yang sama kepada saudara OKU penglihatan untuk menyentuh mukjizat Al-Qur’an,. Walaupun tanpa penglihatan, mereka tetap berhak merasakan hidayah Allah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Nov 07, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 01, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 17, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 17, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 12, 2025