Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM175 / 5.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
14 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Allah SWT menurunkan Al-Quran di muka bumi ini sebagai salah satu wahyu Nabi Muhammad SAW yang menjadi panduan kita dalam menjalani kehidupan yang fana di muka bumi ini. Termasuk dengan penciptaan kita sebagai manusia yang mana Allah SWT ciptakan kita untuk beribadah kepada-Nya sebagaimana firman Allah SWT berikut:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ
"Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku."
(QS. Adz Dzariyat: 56)
Sebaliknya salah satu ibadah yang boleh kita lakukan ialah bersedekah, selain bersedekah merupakan ibadah yang istimewa, sedekah juga dapat menyelamatkan kita di dunia dan juga di akhirat sebagaimana hadis Rasulullah SAW berikut:
"Sesiapa yang meringankan kesusahan orang mukmin di dunia, nescaya Allah melapangkan kesusahan mereka di dunia dan akhirat" (HR. Abu Hurairah)
Sedekah ini juga boleh diagihkan kepada kanak-kanak yatim kerana mereka adalah kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang yang khusus dari orang sekeliling. Seperti kisah Rasulullah SAW yang membahagiakan kanak yatim ketika hari raya. Di mana kanak itu hanya boleh duduk memerhatikan kawan-kawannya yang memakai pakaian yang elok-elok dan memakan makanan yang enak-enak dan ketika Rasulullah SAW melihat hal itu, baginda segera menunjukkan kasih sayangnya dengan membesarkan anak itu menjadi kanaknya dan memberinya pakaian yang elok-elok dan makanan yang lazat. Tiba-tiba kanak tu tersenyum gembira dan bertemu rakan-rakannya. Bukankah sangat mulia akhlak Nabi Muhammad SAW yang dicontohi kepada kita semua?
Oleh sebab itu, marilah kita bersama-sama mencurahkan kasih sayang kepada kanak-kanak yatim dan dhuafa dengan bersedekah melalui kempen ini. InshaAllah sedekah yang terkumpul akan diberikan kepada kanak-kanak yatim dhuafa di Indonesia yang memerlukannya dalam bentuk bantuan pendidikan seperti biasiswa pendidikan, Al-Quran, alat tulis, buku, baju sekolah dan lain-lain.
Diharapkan dengan bantuan tuan-tuan dan puan-puan nanti, kanak-kanak yatim ini dapat meneruskan pelajaran dan memenuhi keperluan pendidikan serta dapat tersenyum riang dan meneruskan pembelajaran dengan penuh semangat. Semoga kebaikan tuan-tuan dan puan-puan Allah SWT ganti dengan ganjaran yang sebaik-baiknya. Amin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, semoga khabar ini menjumpai Tuan dan Puan dalam keadaan yang baik dan sejahtera.
Alhamdulillah amanah sumbangan dari anda kami hantarkan dan diterima langsung pengasas dan pelajar tahfiz di Rumah Qur'an Darusalam. Terima kasih kami ucapkan atas bantuan kitab dan buku-buku pengkajian Al Quran. InshaAllah kitab-kitab ini akan sangat bermanfaat untuk pelajar tahfiz ini mendalami ilmu agama. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan.
Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Semoga khabar ini menjumpai anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera. Alhamdulillah sedekah Al Quran yang anda berikan sudah kami hantarkan kepada kanak-kanak penghafaz Al Quran di Taman Penghafal Quran (TPQ) At Taubah Cikidang, Jawa Barat.
Di tempat ini lah kanak-kanak dari sekitaran desa Cikiray ini memiliki fasiliti untuk memperlajari Al Quran. Setelah pulang sekolah, mereka datang untuk mengaji Al Quran. Pandai dalam ilmu sains, juga pandai dan semangat mempelajari agama.
Alhamdulillah bantuan Al Quran baru dari anda memberikan semangat untuk kanak=kanak dalam menghafaz dan mempelajari Al Quran lebih dalam. InshaAllah setiap huruf dari ayat Quran yang mereka baca dan hafaz akan menjadi pahala jariyah yang terus mengalir walaupun anda sudah tiada. Barakallahu fiikum.
Semoga Allah SWT memberikan keberkahan dan pahala berlipat ganda kepada anda sekeluarga. Jazakumullah khairan. Aamiin
Jom bantu program Asar Humanity lainnya! >>> KLIK!
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 31, 2022
MARLINA EFFENDY AISY SALIYAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 29, 2022
MOHD HAFIZ BIN MOHD YUSOFF
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 28, 2022