PENGAGIHAN AL QURAN PERCUMA UNTUK PELAJAR TAHFIZ

RM995 / 1.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

47 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami melancarkan pengagihan Al-Quran secara percuma kepada anak-anak tahfiz di seluruh negara. Jom bersama kami!


PEMAAF berbesar hati dengan sumbangan masyarakat dalam membantu skuad PEMAAF untuk menjelajah ke seluruh negara dengan mengagihkan 1000 Al-Quran untuk pelajar-pelajar tahfiz di peringkat permulaan. Tambahan, ini dapat mencari saham akhirat dengan menganjurkan program untuk anak-anak tahfiz melakukan bacaan Al-Quran setiap malam Jumaat. Pelajar-pelajar juga akan membaca serta mendoakan kepada para penderma Al-Quran supaya diberikan pahala yang berlipat ganda kepada dermawan yang berinfaq untuk pelajar tahfiz ini.



Dalam berinfaq atau berbuat kebajikan, kita perlu usaha bertanyakan kepada hati pandangan manusia yang dicari atau pandangan Allah SWT. Sedangkan kita tahu bahawa kita sedang mencari kasih sayang Allah Taala, tetapi kenapa kita tersilap menagih sayang manusia. Insya-Allah jika selalu dibisikkan dengan cara demikian, maka akhirnya kita akan rasa seronok berinfaq dan membuat khidmat kebajikan.



Terus berinfaq akan menjadikan hati bertambah suci dan jernih daripada sifat-sifat tercela. Selain itu, ia juga dapat membersihkan harta yang mungkin tercemar ketika bermuamalah dengan manusia. Infaq harta, menolong orang yang susah dan memberikan khidmat kebajikan adalah suatu amalan yang sangat terpuji dan ia menjadi sunnah Nabi SAW. Justeru, ia mestilah sentiasa disusuli dengan kebaikan dan mengelakkan sebarang kemudaratan kepada orang lain.




Sabda Rasulullah SAW; “Jika mati seorang manusia itu akan terputuslah catitan amalannya melainkan pada tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan baginya kebaikan.” (Hadis riwayat Imam Muslim 1631)




Apa pun tujuan dan niat kita sama ada sedekah, infaq dan wakaf. Semoga kita menderma dengan seikhlas hati dan menjadi saham kita di akhirat nanti. InshaAllah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 29, 2024

MUHAMMAD AKRAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM200.00

Apr 28, 2023

Kempen Sumbangan Tamat