Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Jan 22, 2024

MISI MENAJA DAN MEMBELI AMBULANS BUAT RAKYAT GAZA

RM8,375 / 3.35 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM250,000

287 Penyumbang

29 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan mengutip dana bagi membeli 2 buah ambulans bagi kegunaan rakyat gaza dan keperluan yang lain. Jom bantu!


Marilah bersama PPIM dan kerjasama Muslim Care Malaysia Society (MCMS), kita menaja dan membeli van yang amat diperlukan saat ini untuk kegunaan rakyat Gaza, inshaaAllah. 





Keratan akhbar berita mengenai kemusnahan ambulans Palestin.


Sehingga Januari 2024, hanya enam ambulans yang masih beroperasi di seluruh Semenanjung Gaza berikutan tindakan yang tidak berperikemanusiaan tentera Israel menyasarkan serangan ke atas berpuluh kenderaan itu berhampiran hospital yang dikecam hebat antarabangsa.


Yang lebih menyedihkan…



Lebih 100,000 rakyat Gaza tidak dapat sampai ke hospital kerana rata-rata kawasan terkepung dengan tentera Israel yang menghalang ambulans daripada mengambil dan membawa rakyat Gaza.



Ambulans yang disekat oleh Israel ketika pegawai perubatan bertukus lumus ambil dan hantar rakyat Gaza yang memerlukan rawatan perubatan segera. Bukan itu sahaja, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyelar serangan ke atas ambulans yang disifatkan jenayah kejam oleh pasukan penduduk Israel yang sengaja mensasarkan ambulans di pintu masuk Hospital Al-Shifa.



Menyebabkan hampir 20,000 penduduk Palestin terkorban susulan halangan dan kerosakan serta kemusnahan ambulans yang dibuat oleh tentera Israel. 



Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) melaporkan dalam satu sidang media umum, lebih 180 wanita terpaksa melahirkan anak dalam keadaan berbahaya dan tidak berperikemanusiaan setiap hari di Gaza. 



Malah, yang lebih merunsingkan lagi adalah, keruntuhan hospital berikutan sering dijadikan sasaran, selain bekalan elektrik terputus dan kehabisan ubat-ubatan serta bahan api untuk mengendali generator. 



Ini kerana, Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan, pengeboman menyebabkan puluhan orang awam yang tidak bersalah meninggal dunia dan cedera, termasuk kakitangan perubatan, wanita, kanak-kanak dan bayi yang baru dilahirkan. 



Sanggupkah kita melihat lebih ramai lagi anak kecil, golongan wanita dan warga emas yang tidak berdosa ini terus menjadi mangsa korban oleh rakusan Israel??


Kami di PPIM menerima banyak rayuan permohonan bantuan untuk rakyat Gaza terutama bagi kemudahan ambulans untuk mereka mendapatkan rawatan segera.



Oleh itu, dengan ihsan yang prihatin, PPIM telah menganjurkan kempen Misi Menaja dan Membeli Ambulans Buat Rakyat Gaza dan bekerjasama dengan Muslim Care Malaysia Society (MCMS) demi kebajikan buat rakyat Gaza yang amat memerlukan saat ini. 



Secara purata, lebih RM250,000 yang diperlukan bagi menampung pembelian 1 buah van ambulans sebelum menjelang Ramadhan 2024 untuk kemudahan rakyat Gaza. perbelanjaan ini bukan sahaja meliputi pembelian ambulans, malah untuk pembelian kelengkapan ambulans juga diperlukan. 



Jadi, ayuh kita bersama-sama membela nasib saudara Gaza kita yang memerlukan saat ini!


Semoga dengan asbab usaha kita menaja dan membeli ambulans untuk kemudahan rakyat Gaza mendapatkan rawatan perubatan ini baik secara harian, mingguan, bulanan mahupun tahunan secara berterusan melalui misi ini, bakal menempah nama kita di syurga-Nya nanti. In shaa Allah.


Doa kami buat anda!


“Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa para penyumbang, penderma yang mewakafkan sebahagian harta dunia mereka buat rakyat Gaza, dosa kedua ibu bapa dan seluruh keluarga mereka. Kurniakanlah mereka dengan kecukupan rezeki yang tidak putus dan kemudahan segala urusan yang sulit, maka kau permudah dan perkenankanlah doa ini, Ya Rabbi..”


In shaa Allah, golongan rakyat Gaza yang menerima manfaat ini akan kembali menyebarkan manfaat kepada saudara-saudara Islam kita yang senasib dengan mereka kelak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 22, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 21, 2024