MUSLIM CARE MALAYSIA SOCIETY

Dimulakan pada Nov 17, 2023

SINAR DIBAWA DENGAN HADIRNYA 5 AMBULANS BAHARU

RM810 / 1.62 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

45 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Muslim Care Malaysia dan Pertubuhan Khidmat Ummah sedang menyasarkan usaha mencari dana bagi membeli 5 buah ambulans untuk kegunaan rakyat Gaza. Ayuh tunjukkan solidariti kita!


Sudah 30 hari mereka hidup tanpa air. Bayangkan betapa tidak selesanya hidup untuk tidak mandi selama 30 hari. Malah, rakyat Palestin kini sedang berada di fasa kebuluran kerana bekalan makanan semakin berkurangan. Bukan itu sahaja, bahkan risiko dibedil bom dan diserang dengan pelbagai cara ada di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.



Sehingga hari ini sahaja sudah lebih daripada 30 buah ambulans telah musnah kesan serangan bom Zionis Israel dan tidak kurang daripada 10,500 orang awam yang telah terkorban termasuklah kanak-kanak dan wanita. Saudara Ahmed Abu Ayesh, Pengerusi Muslim Care Malaysia-Palestin juga telah diserang dengan bom Zionis Israel dan menyebabkan kecederaan serta kehilangan ahli keluarganya.



Allahuakbar!


Tidak tergambar derita, ketakutan, penat dan sedih yang sedang mereka hadapi. Hanya kepada Allah sebaik-baik sandaran.


اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ


“Bertaqwalah kamu sekalian kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah dipersiapkan buat dirinya untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah” 

(Surah Al-Hasyr: 18)



Muslim Care Malaysia dan Pertubuhan Khidmat Ummah sedang mensasarkan usaha mencari dana bagi membeli 5 buah ambulans untuk kegunaan rakyat Gaza. Setiap yang tercedera, sakit dan luka perlu mendapat sebaik-baik rawatan. 



Marilah bersama-sama kita berganding bahu dan mengumpul dana bagi menyediakan keperluan penting ini. Mudah-mudahan setiap jariah yang dihulurkan, akan menjadi bekalan terbaik dan bukti kebersamaan Tuan/ Puan semua dalam perjuangan mempertahankan tanah suci Palestin. Amin.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 19, 2023

Kempen Sumbangan Tamat