MUSLIM CARE MALAYSIA SOCIETY

Dimulakan pada Dec 26, 2023

DANA INFAQ PEMBELIAN AMBULANS RAKYAT GAZA

RM302,311 / 60.46 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000

8964 Penyumbang

216 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini atas kerjasama antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Muslim Care Malaysia Society bagi mengumpul dana untuk membeli 2 buah ambulans yang akan digunakan rakyat Gaza, InshaAllah.


Dunia digegarkan dengan suara kesakitan rakyat Palestin, berselang dengan laungan takbir para mujahidin yang dapat merampas aset tentera musuh, menawan dan membunuh musuh. Kini, selama hampir 3 bulan, orang awam di Gaza, termasuk kanak-kanak dan wanita, telah dikepung, disekat daripada menerima bantuan, dibunuh dan rumah-rumah mereka dibom. Bantuan demi bantuan yang cuba disalurkan untuk membantu mereka.


Namun, kekejaman rejim Zionis yang menyerang dan mengebom bantuan-bantuan ini menyebabkan rakyat Palestin berada dalam keadaan yang menyeksakan. Ambulans disekat dan dibom tanpa. Kemusnahan oleh tembakan roket Palestin di penempatan haram penjajah Israel di sekitar Semenanjung Gaza.



Tentera zionis Israel melancarkan serangan balas menyebabkan angka kematian dan kecederaan meningkat pantas di Gaza dan memerlukan simpati seluruh dunia Islam. Dengan angka kematian seramai 239 orang manakala 1,388 orang telah mengalami kecederaan, kota Gaza seperti bermandikan darah.



Tidak cukup dengan itu, tentera Israel menyasarkan dan menghancurkan segala bentuk bantuan mahupun mengenai konvoi ambulans, yang menurut kementerian kesihatan membunuh ramai orang berhampiran hospital terbesar di wilayah itu.


BIAR GAMBAR-GAMBAR INI BERBICARA..







Atas sebab ini, tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk meminta bantuan orang ramai dalam mengumpul dana buat pembelian ambulans untuk dihantar buat warga Palestin.



Seorang lelaki mendukung seorang kanak-kanak berlumuran darah berhampiran sebuah ambulans yang rosak akibat serangan Israel di hadapan Hospital Al-Shifa di Gaza City.


Beberapa mangsa terbaring berdekatan sebuah ambulans yang rosak akibat serangan Israel di hadapan Hospital Al-Shifa di Gaza City.



Kempen ini menyasarkan dana pembelian 5 buah ambulans yang bernilai RM 1 juta ringgit dan pengumpulan dana ini akan dijalankan secara berperingkat. Fasa yang pertama menyasarkan 2 buah ambulans yang berjumlah RM250,000 setiap satu ambulans.



Tangisan mereka yang kehilangan keluarga dan perlindungan selepas dibedil tentera rejim zionis.



Mereka terpaksa mengusung sendiri ahli keluarga mereka yang cedera parah kerana ambulans-ambulans yang ada semua diletupkan.



Seorang bapa menangisi pemergian anaknya kerana tidak sempat membawanya ke hospital. Kempen ini juga menyasarkan sumbangan untuk membeli kelengkapan dan peralatan dalam ambulans seperti stretcher, kabinet kelengkapan, peralatan tabung oksigen, vital sign monitor, IV kit, ventilator dan kelengkapan lain.





Antara kelengkapan ambulans yang diperlukan.



Justeru, bantuan daripada anda sangat diperlukan. Ini bukan lagi perkara yang baru bagi kita, ayuh umat Islam, bantu mangsa peperangan dan kuatkan pejuang Islam ini berjuang dengan sumbangan ikhlas kita. Sumbangan, doa dan suara andalah yang akan menguatkan mereka untuk terus bertahan menjaga al-Aqsa dan tanah Palestin.


Ya Rabb, lindungilah dan selamatkanlah saudara kami di Gaza, Palestin.


Ya Rabb, kurniakanlah syahid dan syurga-Mu kepada saudara kami yang terkorban di sana.



Ya Rabb! Jangan Ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih pendek daripada itu. Bantulah hamba-hambaMu. Amin Yarabbal alamin.



Ayuh saudaraku sekalian, doakan saudara kita di Palestin. Sebarkan dan bantu mereka seikhlasnya dengan sumbangan anda kepada tabung bantuan mangsa perang Palestin melalui sumbangan.com. Dari Nu’man bin Basyir RA, Rasulullah SAW bersabda:


Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam hal saling mengasihi, mencintai, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga dan panas (turut merasakan sakitnya).”

(HR Bukhari no 6011 dan Muslim no 2586)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 27, 2024

NOORIZA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 27, 2024