PROJEK TAJAAN ANAK ANAK ASNAF

RM363 / 3.63 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

29 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan untuk membantu anak asnaf mendapatkan makanan dan pendidikan yang sempurna kerana keadaan keluarga mereka yang susah tidak mengizinkan mereka untuk belajar dengan mudah.


Dalam 2 ke 3 tahun kebelakangan ini, negara kita mengalami banyak bencana yang menyedihkan dengan merebaknya covid 19 ke negara kita pada awal tahun 2020, diikuti masalah banjir yang melanda saban tahun dan masalah kegawatan ekonomi yang semakin kronik telah menyebabkan ramai rakyat berdukacita dan kehilangan sumber pekerjaan. Namun, dalam menangisi nasib hidup kita yang kekurangan jangan pernah lupa ramai lagi saudara yang amat lebih memerlukan malah kemudahan asasi mereka juga tidak mencukupi.


Anak-anak kecil yang baru ingin mengenal dunia terhalang dengan kekurangan sumber ekonomi keluarga yang hanya mampu menyara kehidupan dengan bekalan makanan sahaja tanpa pendidikan dan kesihatan yang sempurna. Anak-anak ini tidak dapat menghabiskan persekolahan mereka walaupun kosnya rendah kerana mahu menolong ibu bapa bekerja bagi mencari wang untuk kegunaan lain yang lebih memerlukan.



Komuniti ini dikenali dengan anak-anak asnaf iaitu golongan yang tidak berkemampuan, fakir dan miskin. Ibu bapa mereka ini ada yang bekerja tetapi kebanyakan darinya bekerja sendiri dan perlu menyara anak yang ramai. Jadi peruntukan untuk setiap orang itu hanya cukup untuk makan, minum kegunaan kecemasan seperti sakit yang memerlukan kos rendah sahaja. Namun, jika pada bulan tersebut hasil pendapatan tidak seberapa, mereka perlu mengutamakan urusan yang perlu dan penting sahaja untuk dibelanjakan.





Allahu, sangat sedih apabila melihat keadaan mereka yang terpaksa memilih sedangkan semua perkara yang dipilih itu adalah perkara asas yang wajib dilalui dan disediakan kepada semua orang iaitu makanan, minuman, kesihatan dan pendidikan. 



Jika seseorang manusia itu tidak dapat semua perkara asas ini bagaimana dia ingin meneruskan kehidupan kerana kesemua ini mempunyai kesinambungan yang mana jika seseorang tidak dapat bekalan makanan yang cukup, maka dia akan mengalami masalah kesihatan dan akan menjejaskan pendidikan kerana tidak dapat pergi ke sekolah dan belajar. Kesudahannya, dia tidak dapat memilih pekerjaan seperti orang lain yang berpelajaran kerana tahap pelajaran yang tidak tinggi dan tidak memenuhi syarat untuk pekerjaan yang mempunyai gaji yang banyak dan pasti tidak dapat merasai kemudahan yang lain juga.






Jadi, ini adalah tanggungjawab kita untuk membantu anak-anak asnaf ini kerana suatu hari nanti mereka yang akan meneruskan dalam memajukan dan mentadbir negara kita kearah yang lebih baik.


Adakah kita mahu anak-anak bangsa ini tidak mempunyai pelajaran dan negara bakal ditadbir oleh orang yang tidak berpengetahuan?





Marilah kita menolong komuniti yang sangat memerlukan ini kerana bantuan daripada kita mampu mengubah nasib mereka pada masa hadapan inshaAllah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 23, 2022

ABDUL KARIM BIN MOHAMED

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 23, 2022

AL MADINA

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 22, 2022

Kempen Sumbangan Tamat