Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT
Dimulakan pada Jul 03, 2025
RM1,330 / 44.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
64 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Program sumbangan barang dapur adalah satu inisiatif penting bagi membantu golongan kurang berkemampuan menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Program ini bertujuan menyediakan bantuan makanan asas yang berkualiti untuk memenuhi keperluan harian mereka.

Untuk mengenalpasti golongan yang memerlukan, pihak PKPR akan bekerjasama dengan pusat zakat, masjid, pejabat kebajikan, dan pertubuhan komuniti untuk mengenal pasti keluarga kurang berkemampuan yang memerlukan bantuan makanan. Pihak kami akan mengutamakan keluarga yang mempunyai anak kecil, warga emas, ibu tunggal, atau mereka yang tidak berupaya bekerja.

Proses menyediakan senarai barangan asas yang akan disumbangkan seperti beras, minyak masak, tepung, gula, garam, ikan bilis, susu, dan barang-barang lain yang diperlukan untuk keperluan asas. Seterusnya, pihak kami akan memastikan barang-barang yang disediakan berkualiti dan sesuai untuk keperluan nutrisi penerima.



Kami akan mengagihkan bantuan secara langsung ke rumah penerima atau melalui masjid, pusat komuniti, atau lokasi yang strategik. Jika ada penerima di kawasan luar bandar atau pedalaman, kami aturkan logistik penghantaran yang sesuai untuk memastikan mereka juga mendapat bantuan.


Barangan dapur yang disumbangkan membantu mengurangkan kos harian keluarga kurang berkemampuan, membolehkan mereka menggunakan wang yang ada untuk keperluan lain seperti pendidikan. Sumbangan ini memberi sokongan moral kepada penerima dengan melegakan sedikit beban yang ditanggung, sekali gus mengurangkan tekanan kewangan yang sering dihadapi golongan ini.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
KHAIRUL
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 04, 2025
MOHD SYAHEZAN BIN ABU HASHIM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 04, 2025
SHAHRUL KHAIRI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 04, 2025