Bulan Syawal bakal menjelang tidak lama lagi. Di saat kita sibuk memilih warna tema dan rekaan baju raya buat keluarga tersayang, sedarlah bahawa di luar sana, masih ramai anak-anak yatim dan golongan dhuafa yang hanya mampu memasang impian. Bagi mereka, sepasang baju baru bukan sekadar pakaian, tetapi simbol kegembiraan dan bukti bahawa mereka tidak dilupakan oleh masyarakat.

Keutamaan menyantuni anak-anak ini sangat besar di sisi Allah SWT. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
""Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di syurga adalah seperti ini." Beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah serta merenggangkan sedikit antara keduanya." (HR Bukhari).

Bayangkan betapa indahnya kedudukan kita di akhirat kelak hanya dengan mengukir senyuman di wajah seorang anak yang kehilangan tempat bergantung.
Tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk mengumpul dana bagi menyediakan kelengkapan raya yang sempurna; daripada baju kurung dan baju melayu, hinggalah ke sampin dan tudung. Kami menyasarkan untuk membantu seramai mungkin anak-anak yang kurang bernasib baik agar mereka juga dapat melangkah ke masjid di pagi raya dengan penuh keyakinan dan rasa syukur, sama seperti anak-anak yang lain.

Setiap ringgit yang anda sumbangkan bukan sekadar angka, tetapi ia adalah sinar harapan. Ayuh, jadikan Syawal kali ini lebih bermakna dengan berkongsi rezeki. Marilah kita bersama-sama menjadi 'tangan yang memberi' dan memastikan tiada anak yatim mahupun dhuafa yang merasa tersisih di hari kemenangan nanti. Sedekah anda, kegembiraan mereka.
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini