BANTULAH ANAK MADRASAH KITA MENJADI CEMERLANG

RM30 / 0.75 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

2 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Anak-anak madrasah adalah sandaran kita mensyariatkan syiar Islam. Selagi di dunia ini adanya anak-anak yang menyebarkan dakwah Islamiah, maka Islam akan terselamat. Bantulah mereka menuntut ilmu.


Anak-anak madrasah adalah sandaran kita mensyariatkan syiar Islam. Selagi di dunia ini adanya anak-anak yang menyebarkan dakwah Islamiah, maka Islam akan terselamat. Bantulah mereka menuntut ilmu. Marilah kita bantu madrasah dan Sekolah Rendah Islam untuk beroperasi dan beraktiviti. Anak-anak kita dahagakan ilmu dan dakwah dari guru-guru mereka. Namun demikian, kos operasi harian bagi madrasah dan Sekolah Rendah Islam adalah tinggi akibat kenaikan harga barangan.



Sebagai umat Islam kita adalah bersaudara. Sifat bantu membantu dan bekerjasama adalah merupakan satu sifat yang sangat terpuji di sisi Allah SWT. Membantu anak-anak kita menimba ilmu umpama memberikan generasi hadapan cahaya dakwah Islamiyah. Pahala dan ganjaran membantu mereka amat besar nilainya.



Pihak Belia Komuniti Sri Sulong terpanggil untuk membantu madrasah dan Sekolah Rendah Islam yang terpilih. Pihak kelab telah merangka program membantu madrasah dan Sekolah Rendah Islam untuk mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi. Objektifnya adalah untuk mencapai RM4,000 bagi sasaran. Semoga sumbangan ini mampu meringankan beban mereka.



Allah SWT juga berfirman: “Wahai orang yang beriman! Berbelanjalah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik, dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya, lalu kamu nafkahkan padahal kamu sendiri tidak akan mengambilnya, kecuali memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” (Al Baqarah: 267)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2023

SALEHUDIN DAN KELUARGA

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat