SANTUNI ANAK YATIM MISKIN DI HUJUNG RAMADHAN

RM1,735 / 34.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

49 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sumbangan untuk anak yatim miskin ini adalah tanda kasih kita kepada mereka. Semoga pemberian yang dihulur akan menjadi rahmat dan saham akhirat untuk kita nanti.


Assalamualaikum wbt. Kami dari Persatuan Kebajikan Wanita Ibu Tunggal dan Warga Emas merupakan sebuah NGO yang bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti sosial kemasyarakatan. Selain membantu golongan yang memerlukan dan susah yang terdiri daripada ibu tunggal, suri rumah, warga OKU, warga emas dan kalangan belia lepasan sekolah yang tercicir dalam pelajaran, pihak kami juga membantu golongan anak yatim dari keluarga miskin. Pihak kami memberi jaminan bahawa sumbangan yang diterima akan disalurkan pada sasaran atau penerima dengan jujur dan amanah kerana kewangan kami diaudit setiap tahun.



Membantu dan menyantuni anak-anak yatim telah menjadi rutin aktiviti persatuan kami sejak dari awal penubuhan iaitu pada tahun 2012. Melihat akan jumlah anak-anak yatim yang perlu dibela dan dibantu ketika itu semakin bertambah, menyebabkan kami terpanggil untuk melakukan sesuatu. Mereka perlukan tempat tinggal, makan dan minum serta pakaian termasuk kasih sayang dan pembelaan dari kita. Sebenarnya, anak-anak yatim sering berperang dengan emosi mereka kerana mereka sukar untuk menerima hakikat bahawa tempat mereka bergantung dan bermanja telah tiada ketika mereka masih lagi kecil.



Mereka mahukan tanda ingatan kita kepada mereka. Melalui pemberian atau sumbanganlah yang mampu kita hadirkan untuk mereka sebagai pengganti diri. Di saat umat Islam bakal merayakan Aidilfitri tidak lama lagi, mereka amat memerlukan bantuan dan perhatian dari kita semua.



Anak yatim yang diraikan ini adalah anak-anak yatim dari keluarga susah dan miskin. Kami mempunyai senarai rumah anak-anak yatim di seluruh negara yang perlu dibantu. Justeru itu, pihak kami memilih rumah-rumah anak yatim persendirian yang belum mendapat bantuan dari pihak berwajib. Kebiasaannya, bantuan yang akan dihulur untuk mereka adalah mengikut keadaan di mana ketika umat Islam akan merayakan Aidilfitri. Mereka akan diberikan beberapa salinan pakaian baharu dan duit raya.



“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” (HR. Al-Tirmizi)


Jom#BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMAD AMIN BIN MD SARIF

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2024

SEMUT HITAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 08, 2024

Kempen Sumbangan Tamat