DANA MENAMPUNG KOS OPERASI RUMAH ANAK YATIM AL FATEH

RM587,096

Telah terkumpul

19736 Penyumbang

Kongsi:

Tentang Kempen

Tujuan kutipan dana ini dijalankan adalah untuk meringankan kos tanggungan perbelanjaan pusat jagaan ini untuk menampung kos operasi bulanan selama 6 bulan


Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim Miskin Muhammad Al Fateh ditubuhkan pada bulan Disember 2013 dan mula beroperasi sepenuhnya pada Februari 2014. Diasaskan oleh Mohd Zaidi Bin Zainal Abidin bersama isterinya Noormafuzah Binti Nordin. Terletak di Kajang Selangor, pusat jagaan ini menempatkan seramai 22 orang anak-anak yatim dan miskin lelaki dan perempuan yang berusia tidak lebih dari 17 tahun.



Anak-anak yang menghuni pusat jagaan Muhammad Al-Fateh


“Sebaik-baik rumah daripada kaum muslimin adalah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang dilayan dengan baik. Manakala seburuk-buruk rumah daripada kaum muslimin adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang disakiti akan dia (anak yatim tersebut)”



Antara aktiviti di pusat jagaan ini


KASIHANI DAN SAYANGILAH ANAK INI


Tidakkah kebahagiaan dan kasih sayang adalah hak semua manusia di muka bumi ini? Melihat mereka yang daripada kecil sudah kehilangan kedua ibubapa, ditinggalkan sejak mereka lahir dan diabaikan ibu bapa membuatkan Encik Zaidi nekad untuk memberi perlindungan memayungi segala kegelapan hidup mereka.


Di rumah jagaan kanak-kanak Muhammad Al-Fateh inilah anak-anak ini mendapatkan perlindungan yang selayaknya mereka dapat. Rumah jagaan kanak-kanak Muhammad Al-Fateh dipecahkan kepada dua iaitu asrama lelaki dan asrama perempuan.



Bantuan Dana Sumbangan Kos Operasi


Pada 2023 pasti akan lebih mencabar buat rumah ini, kos dana operasi yang semakin meningkat memberi tekanan kepada Rumah Jagaan Kanak-Kanak Muhammad Al-Fateh untuk menampung 23 anak-anak yatim & asnaf. Kos operasi pada tahun 2022 dianggarkan sebanyak RM43,030 sebulan adalah jumlah yang besar buat kami, malah pada tahun 2023, dianggarkan kos akan meningkat, pasti akan memberi tekanan Rumah Jagaan Kanak-Kanak Muhammad Al-Fateh untuk terus beroperasi.



BANTUAN DANA OPERASI RUMAH JAGAAN ANAK YATIM


Ekoran itu, Rumah Jagaan Kanak-Kanak Muhammad Al-Fateh dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada penderma untuk menyumbang kepada dana operasi rumah jagaan anak yatim ini. Kami di sini sememangnya tiada pendapatan yang tetap dan hanya bergantung kepada sumbangan sukarelawan.



Semoga dengan sumbangan anda mampu untuk menampung kos operasi bagi menyediakan dan membina kemudahan pembelajaran dan kemahiran yang lebih selesa buat anak-anak di sini.


لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ


“𝐾𝑎𝑚𝑢 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖-𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑠𝑎𝑚𝑝𝑎𝑖 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑒𝑏𝑎𝑗𝑖𝑘𝑎𝑛 (𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑚𝑝𝑢𝑟𝑛𝑎), 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑓𝑘𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑖𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎 𝑠𝑎𝑗𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑛𝑎𝑓𝑘𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑀𝑎ℎ𝑎 𝑀𝑒𝑛𝑔𝑒𝑡𝑎ℎ𝑢𝑖𝑛𝑦𝑎.”

Surah Ali Imran, ayat 92.


Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung 011- 15712633 / 010-3221714 (pejabat) atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat No. 2, Jalan Bangi Avenue 7/4, Taman Bangi Avenue,43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NUR ASYIQIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM5.00

Feb 11, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM5.00

Feb 10, 2024

Kempen Sumbangan Tamat