SUMBANGAN PENDIDIKAN BAGI ANAK ANAK YATIM YANG MEMERLUKAN BANTUAN

RM2,700 / 54.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

71 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini juga dapat meningkatkan kesedaran dan kepedulian masyarakat terhadap nasib anak-anak yatim malahan para penyumbang akan meraih pahala dan keberkatan atas sumbangan ikhlas mereka. Jom bantu!


Kempen sumbangan bantuan pendidikan kepada anak yatim di sekolah rendah Islam adalah inisiatif yang mulia dan memberikan impak yang besar dalam membentuk masa depan anak-anak yang kehilangan tempat bergantung.



Matlamat kempen ini diwujudkan antaranya adalah untuk memastikan anak-anak yatim mendapat peluang pendidikan yang sama seperti kanak-kanak lain di sekolah rendah Islam dengan membantu menampung yuran sekolah, buku teks, alat tulis, pakaian seragam, pengangkutan, dan keperluan pendidikan lain.



Sumbangan ini juga dapat memberikan sokongan moral dan material agar anak-anak yatim merasa dihargai dan bersemangat untuk belajar. Melalui pendidikan di sekolah rendah Islam, diharapkan anak-anak yatim dapat menjadi individu yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Ini sekaligus dapat membantu meringankan beban kewangan penjaga (jika ada) atau pihak sekolah dalam menyediakan keperluan pendidikan anak-anak yatim.


Bagi pelaksanaan kempen ini , kami akan bekerjasama dengan sekolah rendah Islam, rumah anak yatim, atau agensi kebajikan untuk mengenal pasti anak-anak yatim yang memerlukan bantuan pendidikan. Seterusnya, menyediakan mekanisme pengagihan bantuan yang telus dan efisien melalui pihak sekolah atau penjaga serta memastikan bantuan yang diberikan sesuai dengan keperluan anak-anak yatim.



Antara impak dan kesan melalui program ini ialah anak-anak yatim ini mendapat peluang untuk meraih pendidikan yang lebih baik, membuka pintu kepada masa depan yang lebih cerah. Selain itu bantuan pendidikan dapat mengurangkan tekanan kewangan dan meningkatkan kesejahteraan emosi anak-anak yatim dan penjaga mereka dan melalui pendidikan yang berkualiti, anak-anak yatim dapat mengembangkan potensi diri dan menjadi individu yang berguna kepada masyarakat.


Kempen ini juga dapat meningkatkan kesedaran dan kepedulian masyarakat terhadap nasib anak-anak yatim malahan para penyumbang akan meraih pahala dan keberkatan atas sumbangan ikhlas mereka. Kerjasama yang erat dengan menjalinkan kerjasama yang baik dengan pihak sekolah, rumah anak yatim, agensi kebajikan, dan komuniti setempat serta merancang kempen yang berpotensi untuk berlanjutan dalam jangka masa panjang agar bantuan kepada anak yatim dapat berterusan.



Dengan perancangan dan pelaksanaan yang baik, kempen sumbangan bantuan pendidikan ini akan memberikan impak yang signifikan dalam kehidupan anak-anak yatim di sekolah rendah Islam, membantu mereka meraih impian dan menjadi generasi yang berjaya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 30, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 22, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 22, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM1,000.00

May 17, 2025

RAJA NORIZA BINTI RAJA ARIFFIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 04, 2025

Kempen Sumbangan Tamat