INFAQ KOS OPERASI RUMAH ANAK YATIM DARUL EHSAN MALAYSIA

Dimulakan pada:
19 Feb, 2025
INFAQ KOS OPERASI RUMAH ANAK YATIM DARUL EHSAN MALAYSIA
44.11%
RM88,224
/RM200,000
3455
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

BANTU KAMI UNTUK TERUS MELINDUNGI ANAK YATIM & ASNAF DI SINI!

Di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan, lebih 30 anak yatim dan asnaf menjadikan rumah ini satu-satunya tempat untuk mereka meneruskan kehidupan. Sejak 2006, rumah ini telah menjadi pelindung buat mereka yang kehilangan kasih sayang ibu bapa dan hidup dalam serba kekurangan. Namun, tanpa bantuan anda, semuanya mungkin tidak lagi wujud.

"Pernah satu masa, anak-anak kena kongsi roti dengan peanut butter..." – Puan Mahfuzah, Setiausaha Pertubuhan

Kami telah berpindah beberapa kali kerana masalah kewangan, dan kini beroperasi di Banting, Selangor. Namun, cabaran semakin besar – kos harian meningkat, sewa rumah bakal dinaikkan, dan rumah ini semakin uzur dengan kerosakan yang perlu dibaiki segera.

💔 Adakah kita sanggup melihat mereka kehilangan satu-satunya tempat yang mereka ada?

🔹 Dana yang diperlukan untuk:

✅ Keperluan harian – makanan, pakaian, ubat-ubatan

✅ Sewa rumah & bil tertunggak – mengelakkan mereka kehilangan tempat berteduh

✅ Baik pulih rumah – bumbung bocor, tandas rosak, ruang makan yang semakin tidak selamat

Mungkin bagi kita, RM10, RM50, atau RM100 tidak begitu besar. Tetapi bagi mereka, itulah harga sesuap nasi, tempat tidur yang lebih selesa, dan masa depan yang lebih terjamin.

💡 Jadilah sebahagian daripada harapan mereka. Setiap ringgit yang anda hulurkan bukan sekadar memberi kelegaan sementara, tetapi juga membina kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak ini.

Allah telah berfirman dalam Surah Al-Hadid, bahawa setiap sedekah yang diberikan akan dilipatgandakan ganjarannya. Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah, malah bertambah dengan keberkatan.

📞 Sumbangan & Pertanyaan:

☎️ Puan Mahfuzah – 016-7785554

📍 Alamat: No. 25, Jalan Toman 21, Taman Sri Putra, 42700 Banting, Selangor.

Bersama kita ringankan beban mereka, bersama kita bina masa depan mereka. Mereka perlukan kita. 🤲🏼💖

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

HSR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 19, 2025
HSR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 28, 2025
NURHAZIQ
Menyumbang sebanyak RM100.00
Aug 21, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 10, 2025
HSR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 10, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SEDEKAH MAINAN UNTUK PELAJAR TADIKA
PROGRAM KASIH SAYANG UNTUK TAHFIDZ DAN ASNAF ZULKAEDAH INI
ADIK IQLIMA DERITA PENYAKIT KRONIK YANG BERAT
SELAMATKAN MASA DEPAN RIBUAN ANAK YATIM
DANA PEMBELIAN RUMAH PERLINDUNGAN UNTUK PENEMPATAN KEKAL ANAK YATIM DAN ASNAF
Kempen Sumbangan Tamat