ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Mar 11, 2022

SEDEKAH RAMADHAN UNTUK ANAK YATIM KASHMIR

RM1,242 / 4.14 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

53 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini untuk membantu anak-anak yatim Kashmir berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan ini dengan sedekah serendah RM10. Ayuh, sedekah hari ini supaya mereka berbuka puasa bermula 1 Ramadhan lagi.

SUDIKAH ANDA SEDEKAH RM10 SAHAJA UNTUK ANAK YATIM KASHMIR BERBUKA PUASA?


Ini adalah kali pertama Iltizam Relief Society (dahulu dikenali sebagai Al-I'tisam Relief) akan melaksanakan projek Iftar di Kashmir, iaitu wilayah yang diduduki oleh Kerajaan India. Tiada NGO dengan mudah boleh melaksanakan misi kemanusiaan di sini namun dengan izin Allah, Iltizam Relief telah pun melaksanakan misi-misi kemanusiaan di sini sejak ibadah korban tahun lalu.



Antara aktiviti jangka panjang yang dilaksanakan oleh Iltizam Relief dengan kolaborasi rakan tempatan di sana ialah menyantuni anak-anak yatim. Terdapat 2 rumah anak yatim yang diberi perhatian oleh Iltizam Relief, iaitu satu di Daerah Poonch, iaitu Jamia Moin As Sunnah, sebuah tahfiz integrasi yang mana Iltizam Relief juga terlibat dalam pembinaan tingkat 3 tahfiz ini. Terdapat lebih 300 anak-anak yatim serta anak-anak asnaf yang menghafal Al-Quran dan juga diberikan pendidikan akademik di sini.


Rumah anak yatim yang kedua ialah di Srinagar, ibu negeri Kashmir. Iaitu Darulmuhsinat (perempuan) dan Darulehsan (lelaki). Terdapat 41 anak yatim di sini. Iltizam Relief juga membantu anak-anak yatim di sini, antaranya projek pembinaan bilik air baru untuk Darulmuhsinat yang telah pun siap tahun lalu.


Kebanyakkan anak-anak di sini menjadi yatim adalah disebabkan ayah mereka terkorban atau 'hilang' begitu sahaja disebabkan kekejaman pemerintah yang tidak diiktiraf oleh rakyat Kashmir. Wilayah mereka diduduki oleh Kerajaan India yang secara tidak sah telah melucutkan hak menubuhkan kerajaan negeri yang demokrasi pada tahun 2019 lalu, wilayah ini terus bergolak. Kashmir kini diperintah oleh kerajaan yang dilantik terus oleh Kerajaan India tanpa melalui proses pilihanraya secara demokrasi, walaupun negara India terkenal sebagai "demokrasi terbesar di dunia". Pendek cerita, nasib mereka hampir serupa dengan nasib rakyat Palestin cuma tidak mendapat liputan meluas.




Ramadhan ini kami ingin membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk bersedekah untuk anak yatim.


Kami yakin kita semua bersetuju persaudaraan dalam Islam tiada sempadan. Apatah lagi melibatkan anak-anak yatim. Jika bukan kita, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membantu anak-anak yatim ini?


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksud: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”. [Sahih Muslim no 2983)]


Ayuh para penderma #Sumbangan, sedekah RM10 seorang mampu memberi makan iftar seorang anak yatim Ramadhan akan datang ini.


Hasil sumbangan anda sekarang akan kami hantar ke sana sebelum Ramadhan menjelang supaya anak-anak yatim ini berbuka puasa dan bersahur bermula 1 Ramadhan hasil dari sedekah anda!



Berbaloi tak jika 30 hari mereka berbuka puasa dengan sedekah anda?


Ayuh, sedekah sekarang!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Apr 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 17, 2022

Kempen Sumbangan Tamat