ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Dimulakan pada Aug 22, 2023

TAJAAN PENDIDIKAN ANAK YATIM DI PALESTIN

RM170 / 3.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari bersama kita beri sinar harapan kepada anak-anak yatim di Palestin. Sumbangan anda besar impaknya kepada anak yatim yang kehilangan ahli keluarga.


Anak-anak yatim yang kehilangan kedua ibu bapa sebenarnya hilang tunjang sokongan dan perlindungan dalam kehidupan mereka, menjadikan mereka (anak-anak yatim) tergolong dalam golongan rentan dalam sebuah komuniti.


Kebanyakan anak yatim di seluruh dunia dengan anggaran 140 juta anak yatim tinggal bersama ibu atau bapa yang masih hidup, datuk dan nenek mereka atau kaum kerabat terdekat. Walaubagaimanapun, ada di antara mereka (anak yatim) sangat berisiko untuk menjadi miskin, terpinggir dan dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.



Di kesempatan ini, kami ingin berkongsi dengan anda kisah inspirasi anak yatim yang kami taja kini mampu untuk membina masa depan cemerlang dengan bantuan Orphan Sponsorship Programme. Kisah sebenar Jumana di Gaza, Palestin di mana Ayah Jumana meninggal dunia ketika Jumana berumur 11 tahun. Kehilangan insan yang disayangi membuatkan Jumana takut tidak mampu untuk menggapai impian menjadi seorang doktor.


Pada tahun 2014 Islamic Relief tampil memberi tajaan kepada keluarga Jumana. Berkat daripada tajaan tersebut Junama mampu untuk memperoleh biasiswa separa bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang doktor pergigian di peringkat pengajian tinggi.



“Sewaktu kecil, Junama berazam untuk menjadi seorang doktor. Saya sentiasa berdoa kepada Allah saya mampu untuk membantu Junama mencapai cita-cita dia” Kongsi emak Jumana. “Kami semua sangat berbangga dengan dia dan kami sekeluarga mahu dia capai cita-cita yang dia idamkan”


Junama yang kini berumur 21 mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberikan tajaan untuk menyambung pelajaran. Kami menyasarkan 3 jenis bantuan kepada anak-anak yatim yang terpilih iaitu bantuan saraan keluarga dengan hanya RM1,000 sebulan kita mampu untuk membantu anak-anak yatim memperoleh keperluan asas kehidupan seperti keperluan dapur.



Selain itu, bantuan pendidikan tinggi dengan hanya RM130 sebulan anda mampu untuk menaja anak-anak yatim mendapatkan akses pendidikan di peringkat lebih tinggi dan mengubah nasib hidup mereka ke arah yang lebih baik.


Sokongan keperluan kesihatan dengan hanya RM130 sebulan anda mampu untuk membekalkan keperluan penjagaan kesihatan kepada anak-anak yatim, adik beradik atau penjaga mereka pada saat-saat yang memerlukan.



Setelah hampir 50 tahun Islamic Relief bergerak aktif terlibat dengan pelbagai bentuk bantuan dan aktiviti di seluruh dunia melibatkan anak-anak yatim, nasib anak-anak yatim di seluruh dunia terbela dan memperoleh kehidupan yang lebih baik. Islamic Relief komited memberi sinar harapan kepada kehidupan anak-anak yatim di seluruh dunia. Mereka selayaknya mendapat kegembiraan dan keseronokan melayari hidup dengan lebih selesa.


Setiap sumbangan tidak kira seberapa besar atau kecil nilainya, memainkan peranan penting dalam mengubah kehidupan anak-anak yatim. Sumbangan yang anda hulurkan, dapat memberi peluang untuk mereka melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, dapat menampung keperluan kesihatan dan makanan asas serta menyediakan perlindungan yang lebih kondusif dan selamat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Dec 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Nov 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 13, 2023

Kempen Sumbangan Tamat