SUMBANGAN ANJUNG INSYIRAH

RM100 / 0.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini dijalankan untuk membantu golongan sasaran khususnya di Sabah untuk mempelajari dan menimba ilmu Al-Quran dan lain-lain dalam keadaan yang selesa dan serba lengkap.


Anjung Insyirah merupakan pusat pendidikan masyarakat dibawah inisiatif Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU). Anjung Insyirah terletak di Putatan, Sabah dan ditubuhkan pada 18 julai 2018. Visi kami adalah untuk menjadi pusat pendidikan masyarakat yang dikenali dan menjadi rujukan oleh masyarakat Sabah khusunya. Misi kami pula adalah untuk menjadi pusat pendidikan ilmu dan platform aktiviti kemasyarakatan untuk semua golongan termasuklah belia sehingga warga emas.

                                                                                                              


Antara objektif Anjung Insyirah ialah membantu dan menyediakan kelas asas agama kepada masyarakat dan menjadi tempat rujukan dalam isu masyarakat, adab dan ibadah setempat serta mengimarahkan penduduk setempat dengan aktiviti yang berfaedah dan bernilai.



Anjung Insyirah sekarang mempunyai 13 kelas di 6 daerah iaitu Putatan, Papar, Kundasang, Telipuk, Pitas dan Beluran. Seramai 340 pelajar dan 15 tenaga pengajar yang mengajar. Pusat Komuniti ini bukan berfokus kepada kelas mengaji sahaja tetapi pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan antaranya adalah kuliah wanita, kelas tajwid, ziarah mahabbah, kelas fardhu ain dan usrah wanita.




Hampir beberapa tahun kelas beroperasi di Anjung Insyirah yang dihadiri oleh masyarakat setempat daripada keluarga asnaf dan mualaf yang berumur dalam anggaran 30 ke atas. Seiring dengan pertambahan jumlah pelajar dan ruang yang kecil menyebabkan pihak pengurusan perlu segera mengambil langkah. Anggaran kos operasi untuk Anjung Insyirah ini hampir mencecah RM30,000 sebulan. Selain daripada kekangan ruang kelas yang sempit, masalah syiling, paip bocor dan masalah keselamatan juga perlu segera diatasi agar kelas dapat dijalankan dengan lebih selesa lagi.




Oleh itu, marilah sama-sama kita bantu dalam usaha baik pulih pusat komuniti dengan menyalurkan sedikit sumbangan seiklas hati. Yakinlah, sedikit sumbangan yang kita berikan dapat meringankan bebanan dan memudahkan urusan ahli anjung insyirah dalam menuntut ilmu. Jom bantu saudara kita!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 16, 2023

MUHAMMAD AIDY BIN SULONG

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 13, 2023

Kempen Sumbangan Tamat