TABUNG KUTIPAN KHAIRAT UNTUK MANGSA KEBAKARAN DI TAWAU

RM380 / 0.76 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

9 Penyumbang

56 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh sama-sama kita meraih pahala di dunia ini, ramai yang daif dan dalam kesusahan selepas kebakaran yang mereka lalui sebenarnya. Ayuh kita semua bantu mereka!


Para dermawan dan para penyumbang yang dikasihi, kami di BAKTI SABAH terpanggil untuk menjalankan kempen Bantuan Mangsa Kebakaran yang mana masyarakat di Daerah Tawau ini sering kali mengalami kebakaran rumah mereka, dimana mereka majoritinya adalah dari golongan yang kurang berkemampuan jadi di sini marilah kita bersama sama berkongsi rezeki membantu mereka ini bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung.



Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya." ( Hadis Riwayat Tabrani)



Bantuan yang akan diberikan kepada penerima manfaat adalah barangan asas seperti biskut, coklat, gula, kicap, maggi, beras, bihun, barangan kecil masakan dan beberapa barangan lain. Setiap penerima manfaat akan mendapat 1 kotak 1 rumah dan wang tunai sedikit. Penerima ini akan bersilih ganti. Dianggarkan seramai 3000 penerima manfaat untuk program ini.



Kebakaran ini melibatkan beberapa kampung berdekatan serta kampung-kampung lain di sekitar kawasan Tawau. Mungkin di mata kita, kebakaran yang berlaku adalah berpunca daripada kecuaian mereka sendiri dan masa untuk mencari kesalahan di antara satu sama lain. 





Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar makna di mata mereka. Marilah berganding bahu ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Menyumbang serendah RM10 untuk bantu mereka! 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 08, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 05, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jul 03, 2023

NOR AZLIN NORDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 30, 2023