PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL IHKLAS

Dimulakan pada Sep 04, 2023

ADIK RAFFA KEHILANGAN DERIA PENGLIHATAN AKIBAT KANSER OTAK

RM13,111 / 65.56 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

626 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sumbangan kilat kepada adik Raffa yang kehilangan deria penglihatan akibat kanser otak.


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memilkul. Kami dijemput oleh nenek kepada adik Raffa Alauddin untuk melihat keadaan adik Raffa yang menghidap kanser otak selepas dilahirkan keadaan adik Raffa tidak seperti kanak-kanak biasa. Adik Raffa sentiasa menangis siang malam tetapi ibu bapa adik Raffa tidak mengetahui bahawa anak mereka menghidap kanser otak. Sehinggalah apabila mereka mendapati keadan adik Raffa tidak seperti kanak-kanak lain dan keaadan bola mata adik Raffa semakin membonjol keluar mereka mendapatkan rawatan susulan di hospital kerajaan, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.



Adik Raffa yang berumur 2 tahun lebih, sangat memerlukan bantuan dari kita semua, keadan mata adik Raffa sudah disahkan oleh doktor menjadi buta diakibatkan oleh kanser otak yang beliau alami. Kami dari Pertubuhan Kebajikan Al Ihklas ingin mengajak sahabat semua membantu untuk meringankan tanggungan untuk rawatan susulan. Adik Raffa perlu menjalani rawatan kimoterapi seminggu sekali. Ibu dan bapa adik Raffa terpaksa berulang-alik dari Alor Setar Ke Pulau Pinang untuk menjalani rawatan susulan. Bapa adik Raffa bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat di Alor Setar, manakala ibu kepada Raffa tidak bekerja kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada Adik Raffa. 




Adik Raffa telah menjalani beberapa kali pembedahan di bahagian kepala dan juga dada. Marilah kita bersama-sama berdoa semoga adik Raffa kembali sihat seperti kanak-kanak lain. Kami dari Pertubuhan Kebajikan Al Ihklas sebulat suara ingin membuka Misi bantuan Kilat kepada Adik Raffa. Tanpa bantuan sahabat semua memberi sokongan mungkin misi bantuan ini tidak akan berjaya. Jadi, kami amatlah berbesar hati sekiranya sahabat menghulurkan sedikit bantuan untuk menjayakan misi ini. Sentiasa ingat kita permudahkan urusan insan lain, insya-Allah Allah permudahkan urusan kita. 



Semoga Allah permudahkan urusan Adik Raffa sekeluarga. Kami hanya berusaha untuk kita sama-sama membantu. 



‏اليد العليا خير من اليد السفلى


 “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.”

(Riwayat al-Bukhari)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 15, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 08, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 05, 2024

Kempen Sumbangan Tamat