KHAIRAT KEMATIAN UNTUK GOLONGAN ASNAF DAN FAKIR MISKIN DI TAWAU

RM360 / 0.72 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

18 Penyumbang

39 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah bersama-sama kita meraih pahala di dunia ini, ramai yang daif & dalam kesusahan selepas kehilangan ahli keluarga yang mereka sayang. Ayuh kita semua bantu mereka!


Assalamualaikum wbt, para dermawan dan para penyumbang yang dikasihi, kami di BAKTI SABAH terpanggil untuk menjalankan kempen Tabung Kecemasan Khairat Kematian yang mana masyarakat di Sabah ini sering kali mengalami kebakaran rumah mereka, di mana mereka majoritinya adalah dari golongan yang kurang berkemampuan jadi di disni marilah kita bersama sama berkongsi rezeki membantu mereka ini bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung.


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."( Hadis Riwayat Tabrani)





Bantuan yang akan diberikan kepada penerima manfaat adalah barangan asas pengurusan jenazah seperti 1 set barangan jenazah dan sedikit wang tunai. Dianggarkan seramai 3,000 penerima manfaat untuk program ini.





Tabung kecemasan ini melibatkan  kampung berdekatan serta kampung-kampung lain di sekitar kawasan Tawau. 


Marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Mungkin sedikit di mata kita, tetapi besar makna di mata mereka. Marilah berganding bahu ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Menyumbang serendah RM10 untuk bantu mereka! 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 30, 2023

NOR AZLINA ISMAIL

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 30, 2023

SITI KHAMISAH MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 30, 2023