MAKANAN ASAS KEPADA MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN

RM55 / 0.18 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

4 Penyumbang

244 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh, bersama sama kami membantu mereka bagi mengurangkan beban yang kurang bernasib baik di atas taraf hidup yang makin tinggi pada zaman sekarang. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.


Assalamualaikum dan salam sejahtera, para dermawan yang dihormati dan dikasihi sekalian. Kami daripada Pertubuhan Bergerak Amal Kebajikan Tarbiah Insan Sabah (BAKTI) sekali lagi terpanggil untuk mengadakan kempen bantuan makanan asas kepada masyarakat yang memerlukan. 



Kempen ini kami akan berikan kepada golongan yang dalam memerlukan dan kecemasan. Antara barangan asas yang akan diberikan adalah seperti :


1. Beras 10KG

2. Telur

3. Minyak masak

4. Sos-sos serta kicap masakan

5. Bihun

6. Biskut-biskut

7. Bancuhan teh/kopi

8. Barangan basah

9. Pampers bayi

10. Susu bayi

11. Pampers orang tua



Agihan ini akan diberikan mengikut kapasiti rumah terbabit. Hal ini kerana setiap rumah penghuninya tidak sama bilangannya. Kami berharap agar kempen ini boleh dijalankan mengikut bulanan dan kempen ini berterusan sehingga akhir tahun dan ramai dapat dibantu.



Jika pihak kami dapat membantu sebulan 50 buah rumah golongan yang memerlukan maka sehingga hujung tahun kami boleh membantu 600 golongan yang memerlukan penerima manfaat di sekitar Sabah mengikut keperluan mereka. Kami amat memerlukan sokongan dan sumbangan dari para penyumbang bagi merealisasikan misi kami yang ingin membantu rakyat yang berada dalam kesusahan.



Allah melipatgandakan pahala kepada orang yang bersedekah. Allah SWT berfirman:


مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah Al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 07, 2024