DANA MENAMPUNG KOS OPERASI RUMAH ASNAF AN-NAAFI

RM250,070 / 100.03 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM250,000

9935 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Tujuan kutipan dana dilakukan adalah untuk mengumpul dana bagi menampung kos pengoperasian menjaga kebajikan lebih kurang 26 orang yatim dan asnaf di rumah ini.


Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi Kuala Lumpur ini telah ditubuhkan pada 14 September 2018. Bermula pada Januari 2020, kami telah membuka sebuah kediaman di atas nama Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf An-Naafi untuk dijadikan kediaman bagi mereka yang terdiri daripada anak-anak yatim, anak fakir miskin (asnaf) dan juga anak-anak yang terbuang.



Anak-anak yang dibawah jagaan kami terdiri daripada kanak-kanak berusia dari 5 tahun sehingga 19 tahun seramai 26 orang yang telah menjadi penghuni tetap asrama ini. 



Di asrama ini kami menjaga dan mendidik mereka dengan sepenuhnya dari menjalani kehidupan harian sehingga ke pendidikan agama dan juga pendidikan asas akademik (SK, SMK, Kolej) dan di sini juga kami menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dengan mementingkan sikap bertanggungjawab, bekerjasama di antara satu sama lain dan sentiasa menjaga kebersihan dan menanamkan nilai moral dengan penuh rasa kasih sayang sehingga tiada seorang di antara mereka merasa tersisih.





Namun, 5 tahun pertubuhan ini masih belum kuat dan mencukupi.


Pertubuhan kami masih memerlukan bantuan dana pembelian van berharga RM130,000 untuk kegunaan menghantar anak-anak ke sekolah setiap hari dan kos operasi yang kian meningkat hari ini. Kami juga memerlukan dana operasi berterusan supaya anak-anak di sini mendapatkan kelengkapan kediaman dan perlindungan yang sebaiknya.





Anggaran kos yang diperlukan adalah:


1. Sebuah kenderaan (Van Sekolah) RM130,000

2. Kos Operasi Bulanan RM5,380.00

3. Kos penyengelaraan setiap bulan hampir RM3,000.00

4. Kos-kos tambahan untuk kelas tambahan bagi anak anak yang menduduki peperiksaan besar



Diriwayatkan dalam hadis riwayat Ahmad, Rasulullah bersabda tentang manfaat sedekah dalam Islam,


"Naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat adalah sedekahnya."




Marilah kita bersama-sama memudahkan usaha untuk menyediakan perkhidmatan jagaan bagi tujuan perlindungan, pengawasan pemulihan dan latihan terbaik buat anak‐anak yatim dan asnaf. Mereka juga berhak untuk mencapai kecemerlangan yang merangkumi ilmu dunia dan akhirat. InshaAllah dengan bantuan ini, inilah sebahagian jihad anda di jalan Allah dan semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang diterima syurga.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM500.00

Mar 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM330.00

Mar 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2024

Kempen Sumbangan Tamat