BANTU ASNAF YANG MEMERLUKAN KITA

Dimulakan pada:
27 Oct, 2022
BANTU ASNAF YANG MEMERLUKAN KITA
7.20%
RM360
/RM5,000
19
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Maka sama-samalah kita menyahut seruan Baginda Rasulullah SAW untuk menyantuni asnaf, apatah lagi menjelang penghulu segala hari iaitu Jumaat. Jom kita menyumbang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Asnaf merupakan individu fakir dan miskin. Fakir yang dimaksudkan adalah orang yang tidak mempunyai pekerjaan, harta, atau pekerjaan yang tidak bersesuaian dengan akidah agama mereka. Malah, mereka tidak mencapai matlamat 50% untuk menjaga ekonomi mereka sendiri dan individu yang ditanggung oleh mereka. Miskin adalah individu yang mempunyai pekerjaan tetapi tidak dapat menanggung orang lain.

Menurut Lembaga Zakat Selangor, Jika sebelum ini (sebelum PKP), kita jangkakan sehingga hujung tahun ini jumlah keluarga asnaf yang akan berdaftar dengan LZS adalah 70000 termasuk keluarga fakir, miskin dan mualaf. Tetapi dengan keadaan yang berlaku ketika ini, kita menjangkakan jumlah akan bertambah lagi 10000. Ini bermakna pada hujung tahun, jumlah keluarga fakir, miskin dan mualaf adalah 80000 keluarga. Kita percaya pertambahan ini bukan sahaja di Selangor tetapi di seluruh negara apatah lagi dengan kemelut pandemik yang baru berlalu.

Golongan asnaf tidak semua yang mendapat perhatian Lembaga Zakat mahupun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terutama yang baharu kehilangan pekerjaan atau pun kematian ketua keluarga. Mereka ini perlu bantuan untuk sementara waktu hingga keadaan kembali pulih seperti sediakala, adakalanya bukan sahaja untuk makan tetapi keperluan lain seperti membayar sewa rumah. Ikrar Bantu mensasarkan RM5000 untuk membantu 15 keluarga dan program ini adalah berterusan dari semasa ke semasa menerusi kempen yang lain.

Berdasarkan sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling disukai Allah? Dan apakah amalan yang paling disukai Allah?

Nabi Muhammad SAW menjawab, “Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seseorang Muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada beriktikaf di masjid selama sebulan.” (Hadis riwayat at-Thabrani)

Demikian yang menunjukkan bahawa Rasullullah sendiri begitu menekankan membantu asnaf.

Dari Abu Dzar Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Kekasihku (Rasulullah) SAW berwasiat kepadaku dengan tujuh hal: (1) supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka, (2) beliau memerintahkan aku agar aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku” (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Ahmad)

Moga bantuan Tuan/Puan akan melegakan mereka yang berhempas pulas mengharungi kehidupan yang semakin memcabar ini.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 11, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 06, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 03, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 01, 2022
FIQNIQ CONSEP ENTERPRISE
FIQNIQ CONSEP ENTERPRISE
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 01, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SEDEKAH JUMAAT PAKAIAN RAYA UNTUK ASNAF
BANTU MAK IPAH MEMBAIKI RUMAH ROBOH
SEMPURNAKAN FARDU KIFAYAH UNTUK INSAN TERBIAR
BANTU PERSEDIAAN ANAK YATIM UNTUK BEKERJA
BANTUAN HIDUP UNTUK IBU MENJAGA ANAK OKU
Kempen Sumbangan Tamat